Assalamualaikum. Mel ada pengalaman buat serunding 1kg tak jadi. Pahit hasil akhirnya. Barangkali terlebih serai. Tapi tak mengapa, kita cuba lagi. Tak boleh putus asa bukan.
Resepi serunding dulu sedap, tapi resepi kali ini lagi mudah dan cepat je masak berbanding resepi tu. Mel salin resepi empunya asal tapi ubah sikit2 mengikut kesesuaian bahan yang ada. Memang tidak mengecewakan.
Serunding Daging Sedap
Sumber: nazri
Bahan-bahan:
1/2 kg daging - guna daging biasa je/batang pinang lg bagus
1 biji kelapa - ambil santan pekat dlm 1 mangkuk besar
2 bj cengkih
1 bunga lawang
1 btg kayu manis - 3cm
1 sb garam - mel guna garam kasar
1/2 sb gula
Kisar
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih - 5/6 ulas
20 biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
1 1/2 sb ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 batang serai
1 1/2 inci halia
Sedikit air
Kaedah:
1. Potong daging besar-besar dan rebus sehingga air kering.
2. Siat halus (Sila rujuk link resepi lama untuk melihat hasil siatan)
3. Tumis bahan kisar dalam sedikit minyak hingga pecah minyak/kering sedikit dalam api yang perlahan
4. Masukkan santan pekat kacau dalam api perlahan sehingga kering.
5. Masukkan daging, garam, gula dan kacau dengan api perlahan sehingga kering.
6. Setelah kering/daging saling tidak melekat, boleh matikan api dan hidang

0 comment