KUDAPAN

Must Try Recipe | Cornflakes Madu Pedas Rangup

9:32 AM

Buat tengahari sabtu hari tu. Tapi tak sampai ke petang pun dah licin dimakan. Petang tu jugak buat lagi sebalang. Sedap betul kudaan ni. Pedas, rangup, manis semua ada. Perfect! Nak buat senang amat. Yang penting bahan-bahannya semua ada + rajin atau tak je. 

Resepi: Dayangjack

CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP

Bahan-bahan:
2 cwn cornflakes
1 cwn kacang tanah tanpa kulit
1/2 cwn madu
1 sb cili kisar
3 sb planta
Sedikit garam

Kaedah:
1.  Kacang tanah disangai sehingga masak. Angkat bila sudah keras Boleh juga digoreng
2. Cairkan planta dlm kuali besar
3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga kering sedikit
4. Masukkan madu + garam. Kacau rata
5. Masukkan kacang + cornflakes. Kacau rata
6. Sesuaikan rasa (Manis/pedas)
7. Masak hingga kering dan sebati. Tutup api
[ Cornflakes memg berkeadaan lembut bila dicuba ]
8. Panaskan oven 160 darjah celcius
9. Tabur cornflakes di atas dulang pembakar. Ratakan
10. Bakar selama 8 min hingga keemasan
11. Keluarkan dari oven, sejukkan dan masukkan ke dalam balang

Selamat Mencuba!

p/s: Cili kering memg ada stok dlm fridge. Bahan kisaran: cili kering, bawang putih, bawang merah, bawang besar, serai, cili padi, kunyit dan minyak sayuran. Jadi, aku punya kudapan rasa serai dan lebih pedas sedikit. ^_^

You Might Also Like

0 comment