IKAN

Ikan Cencaru Sambal

7:12 PM

Assalamualaikum

Tak tahu dah nak masak apa ikan cencaru. Biasanya sumbat berlada dan goreng. Hari tu panggang tp tak berapa kena dgn selera kami. So, bosan dah asyik selalu goreng saja. Ini percubaan pertama ikan cencaru masak sambal. Sedap rupanya. Lain dari yg lain. Licin pinggan hubby makan :)

IKAN CENCARU SAMBAL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru - potong 2
*2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 labu bawang besar
*1 bj cili besar
*3 bj cili padi
*3 sb cili kisar
*1 btg serai
1 sb sos cili

Kaedah:
1. Goreng ikan cencaru hingga masak dgn garam dan serbuk kunyit. Angkat
2. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili dan air. Kacau
4. Masukkan ikan
5. Sesuaikan rasa
6. Hidang
Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment