Seronoknya kahwin!!!!

4:51 PM

Dengan 1 kali lafaz, telah sah menjadi isteri kepada insan ini
Ini kisah 1 tahun lepas

Tak perlu diceritakan tentang kisah cinta kami mahupun hal sebelum nikah kerana itu bukan halal jadi tiada apa yg perlu diceritakan. Cuma bingkisan kali ini mengenai isu perkahwinan. Sedikit pengalaman utk dikongsi bersama hasil dari temubual dgn seorg rakan

My fren ~ seorg jurutera di JB
Ada seorg awek tp jauh di utara
Niat nak bertunang tetapi ragu2 kerana hubungan jarak jauh
Ragu2 kerana tidak pasti adakah ini yg terbaik

Jawapan aku kepada dia:
Jika niat nk kahwin kerana nk elak maksiat, kahwinla cepat2. InsyaAllah dipermudahkan
Jika nak kahwin tetapi masih rasa ragu2, jgn diteruskan. Buatla solat istiharah byk kali. 

Aku bukanlah org yg arif tetapi satu perkara yg aku tahu berkahwin bukan utk 1-2mgu tetapi untuk akhir hayat. Seorg ustazah pernah bertanya ketika kursus kahwin: 'Berapa kali solat istiharah?'
Paling byk yg angkat tangan pn bgtau 3 kali je. 
Ustazah tu pn ckp, 'Ai, xkan nak kahwin 3 kali je buat?'. 
Then, ustazah 2 explain, perlu sekurang2nya 21kali.

Seblm kahwin memang byk rintangan. Kewangan, baru mula kerjaya, kawan2, mcm2la lagi tetapi niat nak kahwin sbb takut dgn kalau buat maksiat, memg teruskan juga. Syukur, kami bahagia sangat2. Ya Allah, rupanya berkahwin ni memang indah. Bukan indah dari segi 'seks' ya tp indah sebab boleh pegang2 tanpa sebarang halangan, boleh pegang tangan tanpa malu pn depan org lain.

Kata my orang gaji: Sri tengok puan dgn tuan ni gembira je
~ Walaupun dh 1 thn kahwin, tetap rasa mcm tgh bulan madu. Mana taknya, kami bercinta selepas kahwin bukan sebelum kahwin. Jadi memg banyak utk di explore k ~

Untuk kami berdua, sebelum kawen dgn selepas kahwin memg berbeza
Me: Sebelum kahwin memg panas baran. Pantang silap sikit, meradang je.
Hubby: Sebelum kahwin seorg yg pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya
Tapi selepas kahwin, semua kemarahan memg hilang, langsung tak rasa nak marah sesiapa pn. Syukur sgt. My hubby pulak pas kahwin menjadi seorg yg kelakar. Sakit perut gak asyik kena usik dgn hubby je.

So, bg yg tgh hot bercinta, fikir elok2 siapa yg anda inginkan menjadi pasangan seumur hidup anda
Sikap sebelum kahwin dgn selepas kahwin berbeza
Semoga anda dapat pasangan yang soleh/solehah dan bahagia ke akhirnya
InsyaAllah,diharapkan kami jua begitu

Ya Allah, Terima Kasih



You Might Also Like

0 comment