Apa Kata Anda?

Lalat vs Makanan

8:21 AM

Google
Al kisahnya semalam pergi pasar malam. Tapi pandangan mata lebih tertumpu pada lalat menghurungi makanan yang dijual. Cari gerai yang xde lalat. Cari gerai yang mana tahap kebersihan ok. Kalau gerai jual ikan ayam, no hal la. Xyah check memang banyak lalat tapi ni gerai jual makanan siap. Bagi aku la, kalau buah-buahan atau ikan sayur ke boleh terima lagi sebab boleh/mesti dibasuh sebelum dimakan tapi kalau ada lalat kat nasi ayam, kuih muih, etc memang aku tak leh terima. Tapi yang paling tak leh terima lalat kat hirisan telur rebus. Tak kirala sekor atau banyak tapi still lalat juga kan? Entah dari mana-mana ntah lalat tu dah g, dari parit, dari sampah atau bangkai pastu g hurung kat makanan plak. Terfikir x korang?

Pernah tgk dokumentari pasal lalat ni. Lalat akan pergi kt mana ada bangkai@sampah. Memang jadi kegemaran. Pastu lalat akan terbang ke mana yang ada makanan. Boleh imagine x, kaki lalat dah berada di bangkai pastu berada di makanan kita pula. Memang nampak macam isu kecil tapi kalau bagi bangkai walau saiz kecil sekalipun suh kita makan, nak ke kita makan? Kenapa lalat yang bawa cebisan bangkai/sampah/kotoran kat kakinya, kita boleh tak kisah kalau melekat pada makanan kita plak?

Yang jual nasi ayam atau nasi-nasi lain tu, please la display 1 bungkus je. Yang lain tutup guna plastik ke atau sebagainya. Hari tu aku nampak banyak betul lalat hurung kulit popia basah sorang penjual ni. Pastu selamba je halau lalt tu dan gulung jual kat customer. Aku nak beli? Sorry la. Itu pun dah nampak tak bersih k.So lalat ni boleh dijadikan sebab kenapa pelanggan tak datang beli. My fren pun pernah xdatang kerja sebab termakan hidangan yang ada telur lalat.Kerana lalat sekor, sampai sakit perut 1 hari. Itu belum cerita pasal cirit birit pula. Kuar masuk toilet banyak kali, tak larat k!

So, apa kata korang?
Tak kisah? Tak pernah terfikir?

You Might Also Like

0 comment