RESEPI

Sotong Goreng Tepung Rangup

6:26 PM


Assalamualaikum. Alhamdulillah banyak kali cuba buat adunan tepung untuk menggoreng sotong, akhirnya ketemu dengan adunan yang digemari hubby. Nak buat pun mudah. Lagi2 bila kita dah tahu caranya. Resepi ni ikut kitalah ye, kalau nak rasa lebih rempah, boleh letakkan lebih la bahan perapan tu ya.

Mel celup sotong dalam air supaya tepung lebih melekat pada sotong. Bukan sekadar goreng sotong, ayam goreng tepung pun mel buat begitu. Memang hasilnya terbaikk! Alhamdulillah sedap. Bolehlah cuba kot2 jadi kegemaran keluarga anda pula

Sotong Goreng Tepung Rangup
Resepi: mel

Bahan-bahan:
1 mangkuk sotong ~ 200g+

1 mangkuk air   

Bahan perap:
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk kari
1 sk serbuk kunyit  
1 sk garam 

Bahan tepung (satukan):
1 mangkuk tepung beras
1/2 mangkuk tepung gandum 

Kaedah:
1. Gaul sotong bersama bahan perapan. Perap 15-30min (optional).
2. Panaskan minyak gorengan. Masukkan 1 ekor sotong dalam tepung. Kemudian masukkan sotong tadi ke dalam air dalam 1 saat, keluarkan dan salut semula dengan tepung.

3. Barulah dimasukkan dalam minyak gorengan dan digoreng. Buat sehingga habis sotong.
4. Angkat bila sotong telah garing keemasan. Jangan goreng lama2 nanti sotong liat.

5. Hidang

You Might Also Like

0 comment