Produk

SHOPPING|Survey kanta

9:36 AM


Niat di hati nak tukar cermin mata baru
Nak tukar gak kepada kanta yang lain sikit
So, brand di atas ni jadi pilihan
Mcm biasa harus ada survey2 dulu la kan
Jejak kaki ke Plaza Alam Sentral n berkunjung ke 2 kedai
1 kedai atas word 'Optometri' n 1 kedai lagi just kedai cermin mata  sj pada nama kedai

Sy pernah terbaca yg mana kalau nk beli cermin mata, lebih baik pergi kedai yg ada 'optometri'
Dlm erti kata lain, kedai yg ada 'optometri' ni lebih pakar dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
Saya tak tau kebenaran hal ni tp sy memang percaya fakta ni
So, kita bandingkan 2 kedai yg sy pergi ni
Tp sy memg dh buat research skit pasal kanta ni bfre sy g kedai ni k
Tak nak la kena tipu ke ape nanti kn

_______________________________________

Kedai 1: Kedai ...... Optometri
- Pekerja yg ramai. All perempuan Melayu dan bertudung. Ada 1-2 orang pelanggan
- Kami masuk dan terus disapa oleh seorang penjual [Good!]
- Sy pun tanya la 'Nak tanya pasal kanta transition'
- Si penjual pn amik brocure/senarai harga bagi kedua2 jenama kat atas ni dan menerangkan macam2 yg sy tanya. [Good!]
- Dh puas hati, kami meninggalkan kedai bersama senyuman penjual.

Harga kanta Essilor: RM450 - bg power 350 mcm sy
Kalau nipiskan - RM540

Harga kanta Hoya - RM500+

Kedai 2: Kedai Cermin Mata ....
- Pekerja ada 3 orang. Semua Melayu gak. Ada seorang pelanggan. 2 org pekerja sibuk berbual2.
- Kami masuk dan terus duduk namun pekerja kedai langsung tidak mempedulikan kami n terus berbual.
- Dlm 3 min baru kami disapa. Walhal pekerja yg duk sibuk berbual2 tu namapak kami masuk kedai.  My 1st impression - Teruknya!!!
- Sy pn bertanya soalan yg sama dgn kedai sebelum ni. 'Nak tanya pasal kanta transition'
- Si penjual : 'Kalau jenama Hoya 7ratus ke atas, kalau Essilor  350 harganya. Tp kalau brand local murah sikit'. [Sambil berdiri, tanpa sebarang senyuman, tanpa mengeluarkan sebarang senarai harga ,si penjual menerangkan harga pada sy yg duduk. Sy terpaksa bertanya sambil mendongakkan kepala]
- So, kami pn bla dri kedai tu tanpa perasaan nk melaburkan duit pn pada kedai tu
_______________________________________
 
Pendapat sy, sekalipn pelanggan tak nak beli, pelanggan harus dilayan dgn baik
Kerana pelanggan akan review/membawa nama kedai k
Kalau elok perkhidmatan, ramaila org nak datang
Kalau tak, sendiri mau ingat la
Yang penting survey dulu ye bfre beli ape2

Akhirnya, keputusan tidak membeli langsung cermin mata dibuat
Sebab? Kami kn nak pndah, mana tau ada kedai cermin mata lain ke kn

You Might Also Like

0 comment