AYAM

Nasi Goreng Ayam

3:58 PM

Hubby minta gorengkan nasi goreng ayam. Tapi aku bertanya nasi goreng ayam atau nasi ayam goreng?
Sudahnya dia konfius, aku pun turut sama konfius. Sepengetahuan aku nasi goreng ayam yaang ada kuah tapi nasi ayam goreng, yang ada ayam goreng. Betulkah? Layanlah resepi ya...

NASI GORENG

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
*2 bj bawang merah
*1 ulas bawang putih
*2 biji cili padi
*1 in halia
1 sb cili kisar
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
Garam
Daun bawang, daun sup, bawang goreng

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*) hingga kekuningan
2. Masukkan cili kisar. Kacau hingga terbit minyak
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata
4. Masukkan nasi. Kacau
5. Sesuaikan rasa
6. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
7. Hidang bersama ayam berkuah dan timun


KUAH AYAM

Bahan-bahan:
3 ketul ayam - digoreng dahulu
*1 bj bawang merah
*1 bj ulas bawang putih
*1 in halia
*2 bj cili padi
2 sb cili kisar
1 sb sos cili
1sb sos tiram
2 helai daun limau purut
mix vege

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*)
2. Masukkan cili kisar. Tumis seketika
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan daun limau purut
4. Masukkan mix vege,  ayam dan air. Kacau

You Might Also Like

0 comment