AYAM

Ayam Masak Kicap

6:02 PM

Resepi ambil dari internet tapi link tiada. Sudah hilang. Masakan yang mudah tapi enak. Yang specialnya ada letak air ayam jawa. Jadi ada rasa masam-masam pedas. Gerenti sedap!

AYAM MASAK KICAP 

Bahan-bahan:
3 ketul ayam - letak garam, kunyit dan goreng 
1 1/2 sb cili kisar
*1/2 bj bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 in halia
*1 in lengkuas
* 2 bj cili padi
1 bj cili besar
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit carrot - aku tambah
1 biji buah tomato - belah 6
Daun bawang, daun sup
2 sb kicap manis
Air
Garam dan gula

Kaedah:
1. Tumis bahan hiris (*) hingga naik bau
2. Masukkn cili kisar. Tumis hingga keluar minyak
3. Masukkan kicap, ayam dan air
4. Bila dah kering sedikit, masukkan air asam jawa, gula dan garam
5. Masukkan tomato dan carrot
6. Hias dengan cili besar, daun sup dan daun bawang

You Might Also Like

0 comment