AYAM

Ayam Goreng Kunyit

12:52 PM

Assalamualaikum. Suka betul dengan rasa ayam goreng kunyit resepi ni. Memang ada kelainan ayam dimasak sebegini. Ada sedikit rasa pedas lada hitam dan rasa perapan bawang putih. Memang sedap!

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
1 keping dada ayam - dipotong kecil
6 batang kacang panjang - dipotong 1 in panjang
1/2 batang carrot - dipotong seperti batang mancis
1 biji bawang besar - hiris
2 bj cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 st lada hitam
1 st lada putih (mel tambah)
1 ulas bawang putih (cincang)
serbuk kunyit
garam

Kaedah:
1. Tumbuk halus bahan bertanda (*). Lumur pada ayam bersama serbuk kunyit, serbuk lada putih, garam hingga rata.  Biarkan seketika dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kualai. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan tadi, masukkan cincangan bawan gputih. Setelah naik bau, masukkan bawang besar, cili merah, carrot dan kacang panjang. Kacau sekejap, tutup kuali supaya sayuran cepat masak. Tapi jangan terlalu lembut nanti tak sedap.
4. Masukkan ayam goreng tadi, perasakan dengan garam jika perlu. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan

You Might Also Like

0 comment