Agama Islam

Nikmat@Jumaat

9:43 AM

Google
Nikmatnya..
Bangun pagi, masih sihat
Bangun pagi, anggota masih berfungsi dengan baik
Bangun pagi, melihat suami dan keluarga tersayang
Bangun pagi, masih ada nafas, masih ada nyawa
Bagusnya..
Tengahari boleh makan dengan baik
Tengahari boleh makan makanan yang lazat
Tengahari masih ada duit untuk berbelanja
Tengahari masih punya baju untuk dipakai

Bertuahnya..
Bila petang boleh pulang ke rumah dengan selamat
Bila petang organ perkumuhan boleh masih berfungsi dgn baik
Bila petang disambut orang tersayang pulang dari kerja
Bila petang masih boleh solat dengan tenang

Indahnya..
Waktu malam mata masih boleh melihat bulan bintang ciptaan Tuhan
Waktu malam ada rezeki makan minum
Waktu malam boleh merehatkan diri
Waktu malam boleh tidur di tilam bantal yang selesa

Banyaknya nikmat Allah swt
Tak terhingga, tak terbilang, tak tersenarai nikmatnya
Telah bersyukurkah kita?

Ada tak antara kita yg takbur dengan apa yg ada?
Kekayaan. Kemewahan. Milik kita kah?

Agak-agak..
Nikmat tak kalau mulut sakit?
Nikmat tak kalau tak boleh buang air dengan sempurna?
Nikmat tak kalau solat dlm peperangan?
Nikmat tak kalau tidur beralaskan lantai setiap malam?
Nikmat tak jika kehilangan ahli keluarga tersayang?

Fikir-fikirkan..
Belajarla bersyukur dengan setiap saat nafas kita di muka bumi ni
Semoga kita semua tergolong dalam orang yang sentiasa bersyukur kepadaNya
Amin


You Might Also Like

0 comment