Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Goreng Pedas II

5:03 PM

Dah selalu buat mee goreng. Tapi setiap kali masak guna bahan yang lain dan kaedah yang lain. So ini versimee goreng lain pula. Well, kena la cube macam-macam cara kan, barulah terasah skill memasak. Tapi hidangan tetap maintain sedap!

Resepi: mel

MEE GORENG PEDAS

Bahan-bahan:
250g mee kuning - celur dengan air panas sebentar
2 sb cili kisar
2 bj cili padi - hiris
*2 bj bawang merah
* 2 ulas bawang putih 
*1 in halia
Sawi, taugeh dan mix vege
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb kicap
1 keping tauhu - goreng dan potong dadu
1 ketul isi ayam - goreng dan siat
Daun sup, daun bawang, cili merah
1 bj limau kasturi
Garam

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*) hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga sedikit kering
3. Masukkan cili padi, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau
4. Masukkan mix vege dan ayam. Kacau
5. Masukkan mee dan garam. Kacau
6. Masukkan tauhu, daun sup, daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
7. Boleh perahkan limau kasturi jika suka.
8. Hidang bersama hirisan timun

You Might Also Like

0 comment