NASI

Nasi Goreng Kampung

4:45 PM


Assalamualaikum. Daripada kecik sampai la dah besar ni, memang disajikan dengan nasi goreng sebegini. Resepi turun menurun gitu. Simple je ramuannya.Sangat senang membuatnya dan sedap menepati selera kami sekeluarga. Hubby pun turut suka. Cuma dia tak tau namanya. Kalau dia nak mkn nasi ni, dia hanya beritahu nak makan nasi goreng yang warna kuning. Hahaha.

NASI GORENG KAMPUNG
Resepi: melinblossom


Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi putih
*3 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*7 bj cili padi
*Sedikit ikan bilis (*tumbuk)
Sedikit sayur kangkung
1 bj telur
Daun bawang

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*) hingga wangi.
2. Masukkan telur. Biarkan masak sedikit.
3. Kuatkan api. Masukkan nasi dan kangkung. Kacau serata.
4. Sesuaikan rasa dengan garam.
5. Hias dengan daun bawang jika suka sebelum dihidang

* Boleh dimakan bersama telur goreng, ayam goreng, hirisan timun, kacang goreng dan ikan bilis
* Nasi goreng mesti dimasak dalam api yang besar untuk mengelakkan nasi berketul2 dan tidak berderai/tidak melekat.
* Nasi yang sesuai diguna untuk nasi goreng adalah nasi yang telah sejuk bukan nasi yang baru dimasak.

You Might Also Like

0 comment