RESEPI

Tomyam Sayur Pedas

9:00 AM

Assalamualaikum. Pada aku memasak itu senang bila dah tau bahan-bahan, cara pengendalian memasak dan kaedahnya. Try sekali dua mungkin belum sedap tapi kalau dah terbiasa buat, insyaAllah makin lama sudah pakar dan masakan pun enak. Aku memang kurang gemar letak makanan laut atau ayam dalam tomyam sayurlah aku selalu buat coz aku ni penggemar sayur. Banyak sangat versi tomyam kat internet dan aku masih sedang cuba hasilkan tomyam terbaik tanpa guna sebarang pes. Tapi guna pes pun sedap juga cuma mahukan yang terbaik untuk tomyam akan datang. Yang pasti setiap kali aku buat mesti ku pastikan sedap di tekak aku dan pedas untuk dimakan. Barulah selera makan!

Resepi: mel

TOMYAM SAYUR PEDAS

Bahan2:
  • 2 ketul ayam - potong kecil
  • Sayur - kubis bunga, jagung mini, carrot, cendawan (potong besar2)
  • 7 bj cili padi - ketuk
  • 1/2 bj bawang besar - belah 2
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 bj tomato - belah 4
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 sb pes tomyam
  • 1 sb sos ikan
  • 2 helai daun limau purut - buang urat 
  • Sedikit perahan limau kasturi
  • Sedikit daun sup
  • Garam
Kaedah:
1. Rebus ayam yang dipotong bersama sedikit air.
2. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai dan pes tomyam

3. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut. Biarkan seketika
4. Masukkan sos ikan dan tomato.
5. Masukkan perahan limau. Sesuaikan rasa
6. Matikan api dan masukkan hirisan daun sup sebelum dihidang

You Might Also Like

0 comment