Motivasi

Oprah: Don't Stop Believing!!!!

2:23 PM

Tgk siaran oprah this morning. Ada 2 kisah yg patut kita semua contohi. Kalau sesape yang rasa dirinya amat berlagak dengan kekayaan dan wang ringgit@harta benda, ingatla Tuhan boleh tarik bila2 je. Tapi pada yang miskin@ hidup sederhana je, walaupun hidup susah, banyak dugaan, jgn lupa yang sekurang2nya kita masih punya nafas dan jangan putus asa. Teruskan berusaha!!!^^

Kisah 1:

Ringkasan sedikit pasal Arnel Pineda : Seorg warga Filipina. Hidup merempat masa kecil. Anak sulung dari 4.Dari kecil mak dia bagi dengar lagu2 kesukaan mak dia n ajak dia nyanyi sekali. Lepas mak dia mati akibat sakit terlalu lama, dia terpaksa menyanyi kt merata2 tempat just utk mendapatkan makanan k (kita ada tak pengalaman cni?). Dia bertukar2 band, nyanyi kt mcm2 tmpat n last2 oleh kerana group Journey tonton video dia nyanyi, dia dipilih jadi penyanyi utama kump. ni. Itupun setelah kump ni bertungkus lumus selama 10 thn cari penyanyi yang superb utk menggantikan penyanyi asal group ni. Kata Arnel dlm Oprah show- dia still tak percaya sampai sekarang atas apa yg telah terjadi. Setelah dia kaya, dia beli sebuah rumah yang diimpikan utk keluarga dia n tak lupa, dia menubuhkan sebuah yayasan dinamakan Yayasan AP utk membantu kanak-kanak terbiar kat Filipina tuh. Sekarang dia dalam tour utk group dia utk promosi album terbaru dia. Dia gak berpegang pada satu prinsip 'Don't Stop Believing' yg mana ia merupakan lagu group ni gak.

Don't Stop Believin' - Journey

Just a small town girl
Living in a lonely world
She took the midnight train going anywhere
Just a city boy
Born and raised in South Detroit
He took the midnight train going anywhere

A singer in a smoky room
A smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

{Refrain}
Strangers, waiting, up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people, living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Working hard to get my fill
Everybody wants a thrill
Paying anything to roll the dice
Just one more time
Some will win, some will lose
Some were born to sing the blues
Oh the movie never ends
It goes on and on and on and on

{Refrain}

Don't stop believing
Hold on to that feeling
Streetlight people

Moral: Tuhan boleh bagi rezeki kat sape2 saja n bila2 masa saja Dia nak kan??

Kisah 2:
Khadijah Williams nama perempuan ni. Merupakan org kulit hitam yang selalu diejek kerana kepandaian dia. Dia duk kat satu kawasan dipanggil skid row aka tmpat2 utk org homeless sejak umur 6thn. Oleh kerana kesusahan dia, kepayahan hidup dia dekat skid row n keinginan utk keluar dari skid row, dia berusaha sungguh2 dalam study dia walaupun dia kena bertukar 12 sekolah dalam masa 12thn. .Skrg dia blajar kat Harvard University ok???ulang skali lagi: Harvard University!!!- universiti paling terkemuka kat muka bumi ni. Bukan setakat tu je, dia gak dapat tajaan penuh study kat situ selama 4 thn. Masa dia susah, dia suka g library@rumah kedua bagi dia utk timba byk ilmu. Dia ni leh diumpamakan cam susah2 dahulu, senang2 kemudian k. Oprah siap invite dia ni tuk berjumpa anak2 dia cz dia memang seorg yg boleh dijadikan tauladan.

Moral: Jangan putus asa dengan nikmat Tuhan k.


Kita yang ada duit, ada baju lawa, cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada pendidikan yang baik, tak perlu merempat, adakah kita telah berusaha bersungguh2 utk masa depan n diri kita sendiri??

Perlu ke kita berlagak dengan nikmat n kelebihan yang ada pada kita walhal dalam masa yg sama kita lupa bahawa ada org lain yg hidup merempat, xmakan berhari2, takder duit, n tak cukup makan pakai??
Sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yg Dia bagi walaupun kecik mahupun sikit je k (nshat utk dr sendiri gak)..

Kalau boleh setiap kali nk jamu makanan, tetapkan dalam hati "ada rezeki Tuhan nk bagi hari ni, Alhamdulillah" walaupun kita hanya makan nasi ngan ikan goreng je..

InsyaAllah, kita akan lebih menghargai makanan yg kita makan k.
Bagi yg ada anak tuh, ajar anak skali supaya diaorg tak merungut "asyik lauk ni jer".
Kalau anak sebut gak, bgtau yg kat luar tuh, byk lagi org yg kelaparan.
Pastu, mesti anak tuh tak cakap dah..(tak taula kalu ada yg masih ckp lagi.memg budak degil ni!!uhu)..

Satu lagi, jgn cemburu tak bertempat pada kekayaan org lain.
Tanamkan dalam hati, mungkin dia kaya@byk duit tp sekurang2nya kita punya keluarga bahagia, mempunyai hidup yg ceria.
Mana tau, kalu kita kaya mcm dia, kita dh tak bahagia plak, hubungan ng keluarga plak renggang.

You Might Also Like

0 comment