Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Soto

8:44 AM


Hubby mintak sup daging, tapi terbuat soto sekali.. Tidak lah sesempurna mahupun selazat amat macam chef-chef yang masak kat hotel ke coz main masuk je lam periuk, mana satu dulu, mana satu kendian pon main belasah je, yang penting sedap di tekak hubby. Itu yang penting! Tiada gambar penuh soto dengan sup semua sebab belumpun sempat tangkap gambar, mangkuk dah dibawa lari dulu..hihi

Resepi : mel

SOTO

-Sup daging-

Bahan:
400g daging batang pinang
5 bj bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 btg serai (diketuk)
3 in halia (hiris)...aku memg suka letak byk2
3 bj kentang (potong dadu)
1 pokok daun sup
7 bj cili padi (hiris)
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 sm lada hitam
1 btg kulit kayu manis
Garam secukupnya
Air secukupnya

Kaedah:
1. Masukkan daging yang dipotong kecil di dalam periuk yang berisi air bersama halia dan serai.Biarkan seketika. Gunakan api yang sederhana.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris kecuali daun sup dan kentang.
3. Kemudian, masukkan rempah2 ( bunga lawang, cengkih, buah pelaga, lada hitam, kulit kayu manis) dan kentang.
4. Masukkan garam dan daun sup (tinggalkan sedikit untuk hiasan soto)
5. Kacau dan biarkan hingga daging empuk.

-Kuah kicap-
7 bj cili padi
3 ulas bawang putih
1 in halia
Perahan limau kasturi
Garam dan gula secukupnya
Kicap manis

Tumbuk semua bahan dan masukkan kicap. Kacau hingga sebati


-Bahan soto-
Soo hoon (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
Ayam (digoreng dan diracik halus)
Nasi impit (rebus nasi impit segera)
Bawang goreng

Kaedah hidangan:
1. Masukkan semua bahan soto
2. Masukkan sup daging
3. Hidang dengan bawang goreng dan daun sup bersama dengan kuah kicap

You Might Also Like

0 comment