Assalamualaikum. Satu lagi hikmah keguguran ialah belajar masak macam2 makanan dengan bahan terhad yang boleh dimakan. Haruslah melibatkan lada hitam, halia, ikan bilis dan sawi. Alhamdulillah keempat2 bahan ini memang kegemaran tekak ni ha. Jadi menu pantang agak menyelerakan. uhuu
Bubur ni mel buat untuk sarapan pagi. Oleh kerana ada nasi lebih berbaki semalamnya, harus gunapakai semula. Walaupun ada yang kata jangan guna nasi semalam, takut masuk angin. Mak mel kata syaratnya semua makanan harus dihidang panas. Jadi mel rasa ok kot. Lagipun tak mahu bazirkan nasi. Kalau anda peminat lada hitam, bolehlah cuba. Mel guna lada hitam sarawak, jadi bubur ni bertambahlah sedap ha. ^^
Bubur Lada Hitam
Resepi: mel
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi
Air secukupnya
*2 inci halia - hiris nipis
*2 bj bawang merah - hiris nipis
*1 sb serbuk lada hitam
*1 sb kiub pati ayam
Sedikit sawi
Sedikit pegaga
Garam secukupnya
Kaedah:
1. Masak nasi putih bersama air hingga menjadi bubur.
2. Masukkan semua bahan bertanda (*). Kacau sebati
3. Perasakan dengan garam.
4. Sebelum diangkat, masukkan sawi dan pegaga. Kacau.
5. Matikan api
6. Hidang dengan ikan bilis goreng.
*Ikan bilis tu mel sangai. Dan tabur serbuk lada hitam sebelum dimakan.
*Atau boleh digoreng dengan minyak yang sedikit. Guna olive oil lagi baik
Resepi: mel
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi
Air secukupnya
*2 inci halia - hiris nipis
*2 bj bawang merah - hiris nipis
*1 sb serbuk lada hitam
*1 sb kiub pati ayam
Sedikit sawi
Sedikit pegaga
Garam secukupnya
Kaedah:
1. Masak nasi putih bersama air hingga menjadi bubur.
2. Masukkan semua bahan bertanda (*). Kacau sebati
3. Perasakan dengan garam.
4. Sebelum diangkat, masukkan sawi dan pegaga. Kacau.
5. Matikan api
6. Hidang dengan ikan bilis goreng.
*Ikan bilis tu mel sangai. Dan tabur serbuk lada hitam sebelum dimakan.
*Atau boleh digoreng dengan minyak yang sedikit. Guna olive oil lagi baik
4 comment
salam singgah ... emm bubur nasi memang favorite ... simple tapi sedap..
ReplyDeletesalam mel.. tun masa pantang, 2 minggu pertama tu tiap2 hari ikan + nasi + sayur air.. kih kih... pagi mkn cream cracker cicah milo.
ReplyDeletebubur lada hitam mmg sedap
ReplyDeletehri tu masa dlm pntg skali j cik abe buatkan bubur lada hitam.. tabur ikan talang masin bakar.. hihi
😍😍😘😘terima kasih atas perkongsian...mohon izin share yer...menu nie bukan sahaja utk org dlm pantang ..yg tak dlm pantang pun dah nampak menyelerakan 🤭😅
ReplyDelete