Kain Cotton
Assalamualaikum. Balik kampung itu hari sempat menyinggah ke kedai C'Jelita di Taman Melawati. Kedai tempat orang borong kain cotton. Pergi area situ atas urusan lain tapi ada sesuatu berlaku menyebabkan Allah takdirkan terpaksa juga mel ke kedai itu..uhuu
Sempat beli 2 helai kain cotton. Setiap satu RM75. Buka sahaja kedai terus serbu masuk. Memang gilaaa banyak kain cotton. Rambang mata. Kalau yang masuk tu kecil orangnya, mau tenggelam dalam timbunan dan lipatan kain cotoon. uhuu..Alhamdulillah walaupun mengejar masa, dalam 5 minit sahaja yang ada untuk pilih-pilih kain, mel jumpa juga kain yang coraknya sangat menawan hati mel.
Dan akhirnya mel jahit menjadi Jubah A Cut sudah. Ada zip di belakang. Tapi mel tak buat untuk nursing sebab agak tebal dan kainnya tak lembut mana. Jadi tak sesuai untuk dibawa berjalan sangat. Lagi2 cuaca Malaysia yang panas ni. Satu lagi kain belum tahu mau dibuat apa.
cantiknya kain cotton..
ReplyDeletesy ada beli beberapa helai tp masih belum jg baju...lupa pun ye.
ReplyDeletepandai mel jahit
Cantiknya..akk dah lama tak mnjahit...mood kena ada baru seronok..hehhee
ReplyDeleteAssalammualaikum mel.....wahhhhh lawa jubah. Akak pun mcm plan nak jahit baju.... Setiap minggu ada wedding.....
ReplyDeletepandai sis mnjahit.sungguh berbakat dah la pandai masak, :)
ReplyDelete