DAGING

Kambing Bakar

8:32 AM


Bersiaran dengan kambing bakar pula. Kebiasaannya sesetengah orang tak makan kambing sebab ada bau. Mel kalau ada bau, memang tak makan. Yang mel perasan, kambing ni kena betul2 masak. Masak lama2. Kalau tak memang berbau lah. Mel rasalah begitu. Ke ada bahagian2 yang berbau dan ada bahagian yang tak berbau? Kena cari lagi ilmu tentang kambing ni. uhuu

Dulu tak pandai makan kambing ni. Sekarang dah jadi kegemaran. Rasa manis kambing tu memang sedap lah. Yang mel bakar ni, habis cepat kami ratah. Esoknya hubby siap suh buat lagi. hihii

Kambing Bakar
Sumber: mel

Bahan-bahan:
500g kambing
3 sb besar madu
3 sb kicap
3 sb sos tiram 
1/2 sb minyak bijan
1 sb gula merah
Garam secukupnya
Hirisan lemon 

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 in halia
2 batang serai

Cara:
1. Bersihkan daging. Satukan dengan bahan kisar dan bahan2 lain kecuali lemon.
2. Perap semalaman.
3. Masukkan daging ke dalam pemanggang ajaib Tutup rapat dan masak 10 minit.
4. Setelah 10 minit, buka penutup. Balik-balikkan daging hingga semua sos melekat pada daging. 
5. Setelah perang kehitaman, angkat daging dan hidangkan.
6. Perahkan lemon sebelum dimakan.

You Might Also Like

2 comment

  1. sedapnya.simple blh buat utk berbuka ramadan nanti.
    betul tu.saya suka sup kammbing.sedap meratah sambil cicah kuah kicap

    ReplyDelete
  2. akak pun suka kambing skrg....dulu kureng juga

    ReplyDelete