DAGING

Daging Masak Kicap Berempah

8:32 AM


Satu dua hari lepas tertonton WHI, topik gout. Kelakar pula rasanya bila doc kata duk semenanjung ok, pindah SS saja terus dapat gout sebab banyak makan seafood. Sedikit benarnya juga. Itu hari makan di Kuching, segar2 seafoodnya. Sedap2 hidangannya. Selain dari itu daging merah pun kena kurangkan. Apapun kena makan secara sederhanalah untuk menjauhi sebarang penyakit.

Nampaknya kena kurangkan sebulan sekali dua saja makan daging ni. Tapi kalau masak hidangan daging macam resepi ni, memang tak boleh tolak. Sedap hingga bertambah nasi. Macamana nak kurangkan kalau gitu kan..uhuu

Daging Masak Kicap Berempah
Resepi: mel

Bahan-bahan:

350 g daging batang pinang - hiris nipis
2 sb cili kisar
1/2 bj bawang besar
1 batang cili merah 
1 1/2 senduk kicap lemak Jalen
Air secukupnya
Minyak tumisan

Bahan Kisar:
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia
1 in lengkuas
2 batang serai
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1/2 sb ketumbar 

Cara:
1. Pijarkan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga keperangan.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan daging. Kacau sebati. Biarkan daging kecut sebentar.
4. Kemudian masukkan kicap. Biarkan mereneh.
5. Setelah hampir kering, masukkan air. Reneh daging dalam api perlahan.
6. Setelah  daging empuk dan hampir kering, masukkan cili besar dan bawang besar. 
7. Matikan api. Hidang dengan nasi panas

*mel tak letak garam. Setelah daging empuk, cukup segala pedas masinnya.

You Might Also Like

1 comment

  1. betul tu
    sedapnya.

    belah ss mudah dapaat bekalan seafoodnya
    sregar pulakkan

    ReplyDelete