Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Goreng

10:21 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah mel dah jumpa resepi dan tips untuk membuat mee goreng yang sedap. Sejak jumpa resepi ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu asyik nak makan mee goreng saja. Lagi2 bila ada taugeh. Jadi kesukaan sangat. Nak goreng mee memang senang. Yang susah nak buatnya sedap dan menepati selera ahli keluarga.

Dah banyak kali guna resepi ni hingga mel alter ikut citarasa mel. Alhamdulillah tetap sedap. Makan ni kalau tak tambah atau habis semua mee yang digoreng memang tak sah. Limau kasturi memang kena ada. Barulah umppphhh

Mee Goreng Azie
Sumber: AK

Bahan bahan:
1 pek mee kuning - mel guna spaghetti. rebus lama sikit
Ayam atau daging - potong kecil

Udang goreng - mel tambah
4 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sayur sawi

Sayur kobis, taugeh - mel tambah 
Tauhu goreng - dadu
Garam
Kicap
Sos tomato
Sos cili

Bahan Hiasan
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Limau kasturi- hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan udang, ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan goreng lagi hingga masak.

Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4, boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan menyerap dan melembutkan mee nanti.

Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan sedikit kicap dan sayur sawi, kobis dan taugeh. Pada masa ini bolehlah ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut dengan perencah.

Masukkan tauhu. Gual sebati. Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air asam limau.

You Might Also Like

2 comment

  1. salam singgah.. lama betul dah xmenyinggah.. ..mee goreng ni favorite jugak tapi lately lama dah x main masak mee ni.. aih tergoda sungguh

    ReplyDelete