KUDAPAN

Kacang Rugget

7:59 AM


Assalamualaikum. Tahun ini mel memang tak beli langsung kuih/biskut. Ape tu 'Kuih Tunjuk'. Semua buat sendiri. Bukan ape, tahun ni kami beraya di perantauan. Perantauan la sangat kannn, bumi kenyalang jer. Sabtu itu hari baru balik jumpa sorang dua adik, jadi idok ler terasa sangat sedih ke ape tak balik raya tahun ni. InsyaAllah raya haji la baru kita bertemu ya.

Alhamdulillah dapat tunaikan hasrat buat kacang rugget kesukaan laling. Mel buat pedas, jadi memang sedap. Kalau travel memang tak sah beli kacang2 macam ni. Permulaan digoreng agak melekat kacangnya. Bila ditapis, batter kurang melekat pula. Jadi mel tapis saja kacang, masa nak goreng baru curah batter atas kacang, terus masukkan dalam kuali, terus kacau. Goreng dalam api sederhana. Alhamdulillah tak melekat.

Kacang Rugget
Sumber:  myr

Bahan-bahan ( sebalang )
500g kacang tanah
1 biji putih telur
1.5 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu makan serbuk cili
1 cawan air
4 biji cili padi -jika suka pedas
gula dan garam secukupnya

2 tangkai daun kari - mel tambah
1 sk serbuk kari - mel tambah

Cara-cara
1. Halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. Pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
4. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

You Might Also Like

3 comment

  1. sedapnya...tak pernah tau nama menu ni.

    ReplyDelete
  2. Dah 3 kali baca...yg bhgian tapis tu...curah batter tu apa? Masa bila gunanya Mel? Teringin nk buat...dlu penah buat..melekat begumpal gumpal...pastu x nak buat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ asyifa mustaffa ] - mel campur semua bahan kecuali kacang~batter.kepekatan mcm batter pisg goreng.lepas tu mel campur kacang baru goreng.Tp melekat.mel tapis kacang balik pastu nk grg curah balik batter atas kacang yg atas penapis tu dan ambil sesenduk terus grg. Ulang2 mel buat,nk grg curah atas kacang,grg. Jadi ada xla semua batter melekat pd kacang yg sebbkn bergumpal tu. Itu cara mel, dok tau la berkesan ke x pd org lain.harap dpt mmbantu

      Delete