Sewing

Handmade | Chiffon Carnation

11:18 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Bagaimana dengan persiapan lebaran anda? Sudah belikah semua baju untuk seisi keluarga? Adalah lebih baik beli di saat sebelum Ramadan tiba. Nanti bolehlah fokus kepada ibadah sahaja kerana semua persiapan telah tersedia. Time tu tak perlulah nak berkejaran ke Jalan TAR bagai semata nak cari baju berhari raya. hihi


Sekarang aii duk gilakan benda ni.
Chiffon carnation.

Kain chiffon memang banyak di rumah ni. Yang perca pun ada. Manik2 semua beli online. Survey sana, survey sini last2 terjumpa kedai online yang bagus. Bukan apa, servisnya terbaik. Pantas!

Beli di sini ya: Marvel beads

Bila sampai manik, suka sangat sebab berkualiti dan murahhhh! (Yang penting kos posnya pun murah). Siapa yang selalu deal dgn poslaju tahulah kos pos yang mahal ke S dan S ni. kekeke

Mengenangkan internet yang amatlah lembap, aii malas nak google tutorial jadi try error saja. Jahit sini, jahit sana. Bila menjadi, punyalah suka bangattt. Banyaklah hasilnya. Nanti nak tampal di baju plain chiffon. InshaAllah.


Update: 21 Ogos 2014
Oleh kerana ada yang bertanya bagaimana nak buat bunga chiffon ni, mel upkan cara membuatnya.

Saiz | 10' x 1.25'.
Material | Chiffon yang sangat nipis dan lembut.

Kena try error. Kalau material lagi tebal, kena lagi panjang. Potong kain. Bahagian tepi boleh trim dengan pemanas atau bakar dgn lilin saja. Lepas tu jelujur kasar sampai hujung. Kemudian ketemukan kedua2 hujung, kemaskan bunga dan matikan jahitan. Tapi jangan putuskan benang lagi. Jahit pula manik di bahagian atasnya. Siap! Gambar ni mel tak jahit manik sebab nak cepat. uhuu

Selamat mencuba


*Sila klik gambar untuk tumbesaran*

You Might Also Like

4 comment

  1. mmg ada bakat menjahit...tak google pun dah cantik....nanti tunjuk hasil yg dah tampal pd baju ye...rajin sgt...

    ReplyDelete
  2. cantiknya!

    aritu kite survey bunga ni seketoi sampai rm5

    *pengsan*

    padahal kecik je


    akak nak meniaga pun boleh hihi

    nnt bleh tempek kat baju raya :D

    ReplyDelete
  3. fazianbatrisyia:-
    ini jahitan cincai je.tak berbakat mana pun. InshaAllah kalau jadi,mel up la entri hasilnya nanti..untuk panduan orang2 luar tu kot2 ada yang berkenan.

    Syazana Zainn:-
    Mak aiii mahal bebenor..mungkin material yang digunakan mahal kot.Tak berani le nak niaga, tak terror pun.hihi

    ReplyDelete
  4. kita pun byk kain perca chiffon tengah servey nak buat bunga apa he3..

    ReplyDelete