RESEPI

Roti Canai Pedas

12:49 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam sudah lengkap 6 suntikan vaksin diambil. Tiga suntikan untuk HPV dan 3 suntikan untuk Hepatitis B. Kata doktor suntikan ni bertahan selama 20 tahun. Bahu aku dua2 belah masih sakit. Entah kenapa suntikan kali ketiga ni kurasa lebih sakit berbanding yang sebelumnya. Mungkin aku keraskan bahu kot masa doc tu suntik. Alhamdulillah dari awal tahun ambil sampai kali ketiga ni, aku tak demam. Jadi boleh menjalankan kerja seperti biasa. Kos untuk keenam2 suntikan RM900+ tak termasuk doc fee dan ubat. Bagi yang rasa nak ambil, boleh rujuk ke hospital berdekatan dengan anda. Dinasihatkan untuk survey harga sekali. Lain hosp, lainlah bayarannya.

Memandangkan bahu aku sakit, jadi ini saja sarapanku pagi tadi. Buat cepat2, makan dan rehat. Sedap juga di tekak ni. Aku guna roti canai segera sahaja. Tapi biasalah kalau dah namanya lidah Jawa, pedaslah aku buat. Selamat mencuba.



Roti Canai Pedas
Sumber : YanaShaiful

Bahan-bahan:-
5 keping roti canai - goreng dan dikoyak/disiat-siat kecil sikit
5 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar cili kisar ( ikut tahap kepedasan yang disukai )
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
2 biji telur (* ummi letak 3 biji )
sedikit minyak untuk tumis

Cara:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi.
2. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk tadi. Kacau rata hingga cili masak.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau seminit dua.
4. Masukkan roti canai tadi dan kacau rata hingga bahan bersalut pada roti canai.
5. Tutup api dan hidangkan

You Might Also Like

5 comment

  1. cam kuew tiaw lak. ohh...tak penah fikir boleh buat cam tu. Semoga cpt sihat.

    ReplyDelete
  2. tak pernah gak terfikir..kalau bosan makan yan gbiasa tu, boleh try gini pula

    psstt: Ambil suntikan pelalian aja. ^^

    ReplyDelete
  3. Salam mel... wah..bagusnyer dh ambil suntikan hpv. mmg better prevent awal2 kan. tun pun bila ntah nk amik. huhu..
    sedapnyer roti canai pedas. tun blom pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  4. ingatkan kuetiaw hihi

    rupanya roti canai yg dah dicarik2 :D

    tak pernah try pun

    1st time tahu

    p/s: get well soon sis :)

    ReplyDelete
  5. tun_telani:-
    tun duk dekat je ngan hosp, bila2 leh amik. aiii dah kebetulan wat rawatan di situ, nyelam sekali lerrr..kekeke

    syazana zainn:-
    masa tgk resepi, mel pun 1st time dengar..hihi

    ReplyDelete