بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Pertengahan bulan Mei sudah. Cepat benar masa berlalu. Rasa macam baru sekejap sambut Ramadan & Syawal, dah nak sambut semula. Moga dipanjangkan umur kita semua menyambut bulan mulia, bulan Ramadan.
Alhamdulillah kenyang sudah perut setelah dihidangkan dengan nasi berempah 2 in 1 ni. Mudah sangat nak buat. Ada nasinya, ada lauknya tinggal nak buat sayur saja. Sedap pun sedap. Semalam tengahari masak ikan masak cuka, jam 3 petang aku cirit birit sakit perut. Dek kerana makan cuka time perut kosong, itulah padahnya. Lepas membuang, lega perut. Jadi sos resepi asal aku tak buat, kuganti dengan sambal belacan. Aku gandingkan dengan Chicken Soup with Ginger and Shiitake Mushrooms tapi resepinya lain kali ya. Nasiku warna agak manja2 gitu dek kerana banyak bahan takde. Memang berbaloi masak. Cepat, mudah dan sedap!
NASI BEREMPAH 2 IN 1
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmati-cuci dan toskan.
1/2 ekor ayam potong sedang
1 batang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
2 kuntum buah pelaga.
3 kuntum bunga cengkih.
1 inci halia.-tumbuk halus
4 ulas bawang merah-mayang.
1 ulas bawang putih-cincang halus.
1/2 tsp serbuk ketumbar.
1 biji buah tomato-cincang 1/2 biji cili hijau-tumbuk.
1 batang celery-potong halus.
1 biji terung panjang-potong sedang- mel xletak
1/2 biji lada benggala dipotong kecil - mel xletak
1/2 tbsp serbuk kerutuk - mel ganti serbuk kari
1 tangkai daun ketumbar.-kerat kerat kasar. - mel xletak
Garam secukup rasa.
1 ketul kiub ayam-optional.
Sedikit minyak jagung untuk menumis ~ mel ganti minyak sapi
1 cawan air.
3 cawan air.
Cara-caranya:
Panaskan minyak masak ,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih.
Kemudian masukkan bawabg merah,bawang putih,halia,cili hijau ,serbuk kerutuk dan serbuk ketumbar.Tumis sehingga naik baunya.
Masukkan ayam dan di gaul rata.Masukkan 1 cawan air.Biarkan ayam mereneh sekejap baru masukkan kiub ayam dan garam.
Apabila ayam hampir masak masukkan beras dan kacau hingga mesra.Masukkan 3 cawan air,sayur-sayuran yang di potong tadi dan seimbangkan rasa garamnya agar tidak terlalu masin atau terlalu tawar.
Tanak nasi sehingga masak.
Jika ada masa boleh lah tumbukkan cili hijau , cili api dan gaul bersama-sama potongan buah tomato dan daun ketumbar .Gaul sehingga sebati kemudian perahkan jus lemon dan letakkan garam serta gula secukup rasa.Siap.

2 comment
Unfortunately the translation of Google let me down again. From what I translated it sounds fantastic.
ReplyDeletedah tengahari nmpak ni jadi lapar sesangat..tak pernah try lagui masak nasi berempah..bila2 boleh try..
ReplyDelete