Borong@Kenanga Wholesale!

9:19 AM

Assalamualaikum. Memandangkan berada di Johor, jadi update nya pun jarang2. Ahad lalu 24 Feb menjengah ke Kenanga Wholesale. Sengaja pergi ke sana sehari sebelum hari gaji. Untuk mengelakkan sebarang kesesakan lalulintas mahupun kesesakan orang ramai. Tidak mahu membuang masa ke arah perkara tak sepatutnya.

Ramai yang telah pergi, aku baru nak jenguk. Senang je nak cari tempatnya, nampak saja bangunan putih ada lambang Kenanga sampai la anda. Masuk ke laluan sebelah Bomba di Jalan Kenanga, dan terus saja. Parking di tingkat 8 dan sememangnya FREE tapi kena cepatlah sebab kami sampai jam 12tgri parking level 8 telah penuh, itu time belum gaji, kalau dah gaji tak tahula, mau memang takdak parking langsung gamaknya.


Barang untuk diri sendiri tak beli ape pun. Beli baju sehelai saja, alhamdulillah sehelai pun dapat harga borong. Macam2 ada, baju, keronsang, tudung, beg, toys dsb. Cuma macam tak banyak pilihan sebab ada kedai yang jual produk yang sama. Kalau yang lawa dan cantik2 pula, saiz pula tiada. Kiranya semua yang cantik, saiz yang sesuai habis cepat. Ada kedai memang jual min 3 boleh dapat harga borong, ada kedai beli 12 baru dapat harga borong. Kena pusing2 semua dan tanyalah untuk dapatkan harga terbaik! Aku dah pergi GM Klang, kat sini lagi tersusun dan mudah cari barang tapi terpulang pada selera masing2 la ye ^^


You Might Also Like

1 comment