Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Spaghetti Daging Mudah

8:03 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada satu petang tu nak masak bihun goreng tapi kehabisan stok pula. Sudahnya spaghetti ku masak. Hubby yang tak lapar pun turut join sekali makan. Siap bertambah lagi. Resepi ni mudah sangat sebab bahan tak berapa ada masa tu, jadi aku main suka hati je masak. Alhamdulillah sedap dan licin dimakan. Macam mee goreng pun ada rasanya ^^

Spaghetti Daging Mudah
(Resepi: melinblossom)

Bahan:
Spaghetti
Air
1 keping daging burger ayam Ramly - cincang 
3 sb sos spaghetti Prego Traditional
1 sb sos cili
1/2 bj bawang besar - hiris
2 bj bawang putih - ketuk
Sedikit carrot - dadu
5 bj cili padi - hiris
3 bj mini tomato - belah 2 
1 sk serbuk oregano
Capsicum - hiris
Daun sup - hiasan
Garam

Kaedah:
1. Rebus air bersama garam hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan masak hingga lembut. Toskan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan daging burger ayam yang dicincang. Kacau
4. Masukkan sos spaghetti, sos cili, cili padi dan carrot. Biarkan sebentar. (Boleh letak air jika perlu)
5. Masukkan spaghetti dan tomato. Kacau sebati
6. Perasakan dengan garam dan sebuk oregano
7. Masukkan capsicum.
8. Angkat dan hidang dengan hiasan daun sup. 

You Might Also Like

1 comment