Frozen

Popia Goreng

12:18 PM


Assalamualaikum. Bersarapan pagi dengan popia goreng kegemaran. Popia goreng ni sama je resepi dengan aku buat dulu cuma ada tambahan kubis ungu di situ. Lepas ni nak try buat popia basah. Last aku makan dekat pasar malam Dato Keramat di Pulau Carey..Sangatlah sedap. RM2 dapat 4 keping..Tapi sekarang duk sini mana nak cari kan..Gigihkan diri cari resepi popia basah nanti. Siapa ada resepi popia basah sedap? Meh share resepi...hehe..




Popia Goreng
Resepi: melinblossom

Bahan (Inti):
1sb udang kering - direndam dan ditumbuk
1 btg lobak - dihiris nipis/sagat je
1/4 bj kubis bulat putih- dihiris nipis
1/4 bj kubis bulat ungu- dihiris nipis
1 bj bawang besar - cincang
3 bj cili besar - cincang
Garam secukup rasa

Kaedah:
1. Tumis bawang besar, cili besar dan udang kering yang ditumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan lobak dan kacau.
3. Masukkan kobis dan tutup seketika. (Tak perlu masukkan air)
4. Setelah sayuran layu sedikit, sesuaikan rasa (Jangan sampai sayur layu sangat, nanti hilang kerangupan)
5. Angkat dan letak di atas penapis untuk membuang lebihan air.
6. Letak sedikit inti yang dimasak atas kulit popia dan boleh menggulung.
7. Goreng keemasan sebelum dihidang.
8. Sedap dimakan bersama sos pencicah

Kaedah menggulung: Boleh lihat di sini

You Might Also Like

3 comment

  1. wah sedapnya popia,terliur dh ni.
    dh lama tk makan,jarang buat.biasa beli kat pasar malam je la..ehee

    ReplyDelete
  2. Sedap! tun suka mkn popia goreng, xsuka mkn popia basah. tp kan, skin yg beli kat sini terlalu serap minyak :(

    ReplyDelete
  3. @mama_saly kat sini takde pasar malam. Kalau ada pun tak jumpa rasanya orang jual popia..kalau ada pun tak terbeliiiiii...hihi

    @Tun Nak buat macamana tun, no choice. Kena import dari semenanjung lagi semua brg dapur. hihi

    ReplyDelete