Apa Kata Anda?

Umpan dan Rogol

10:43 AM

Kuala Lumpur: Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT) bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di Taman Segar, Cheras, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.


Hasil siasatan mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.   more>>>

-------------------------------------------------------

Berita ni sebulan lepas, memang kecoh pasal mangsa diumpan dengan gaji yang mahal pastu dirogol. Aku teringat kisah orang depan rumah aku. Ayah dia ni ada menggaji 2-3 orang pekerja Indonesia. Kadang-kadang pekerja dia datang rumah dia atas urusan kerja. Kami adik beradik memang suka main dengan anak dia. Masa tu aku masih sekolah rendah dan anak sulong dia dalam ting4@5 masa tu. Entah macamana satu hari tu akak tu tinggal sorang di rumah dan kena rogol dengan salah sorang pekerja ayahnya. Semuanya sebab akak tu makan gula-gula yang membuatkan dia pengsan dari pekerja ayah dia tu. Jadi sebab dia pengsan, memang tak dengarlah ada orang minta tolong ke ape kan. Malam tu, kami dengar akak tu kena pukul teruk dengan ayah dia. Kena pukul, jerit-jerit dan nangis-nangis memang dengar la. Mau tak dengar, rumah aku berjalan 5 langkah dah sampai rumah dia. Memang kecohlah satu kampung, semua orang berhati-hati dengan orang Indonesia masa tu

Tak lama lepas kejadian tu dalam setahun dua, diaorang pindah ke rumah tok nenek mereka. Akak tu tak mengandung hasil dari kena rogol tu tapi dia kahwin dengan sorang lelaki dan dapat 2 orang anak dah sekarang. Rumah dia sekarang hanya disewa kepada pekerja kontraktor saja. Adalah 1-2 kali ayah dia balik jenguk rumah tu.

Kejadian ni berlaku 13-15 tahun lepas. Sekarang bermacam-macam idea lagi penjenayah boleh lakukan untuk mengumpan perempuan. Jadi dalam hidup seharian, berhati-hatilah. Jangan terima makanan dari orang luar yang kita tak berapa kenali, jangan berjalan sorang-sorang dan elakkan berada di tempat yang penjenayah senang melakukan kejahatan. Jika terjadinya sesuatu yang tak diingini, harus salahkan diri sendiri dulu sebab kita yang bagi peluang untuk orang lakukan jenayah.

You Might Also Like

2 comment

  1. Lawatan balas.. :)
    Salam perkenalan kak...
    Akak nice blog jg..byk info..hihihi
    daripada jadilahsepertirumputhijau

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..

    blog yang menarik dan informatif

    ReplyDelete