Agama Islam

Sunah Nabi 24 Jam

10:30 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Telah menyinggah ke bulan Oktober sudah. Sekejap cuma masa berlalu. Sedarkah kita dengan masa-masa yang telah ditinggalkan? Perkongsian satu buku tentang sunah Rasulullah s.a.w 24 jam. Banyak lagi buku di luar sana yang menceritakan tentang sunah Nabi yang boleh diamalkan sepanjang masa. Tak rugi beli buku sebegini, boleh diajar pada anak sejak kecil. InsyaAllah sampai ke besar akan dibawa dan diamalkan. Amalkan sunah adalah sebagai salah satu tanda kita ingat Rasulullah yang dicintai.

Ustz Norlaila: Berapa ramai antara kita dari buka mata hingga pejam mata amalkan sunah?

Masuk rumah kaki apa? Keluar rumah doa apa? Tidur yang bagaimana? Masuk tandas kaki apa? Tengok cermin apa doanya? Dengan mengamalkan sunah dan doa, peribadi dan akhlak akan terkesan. Amalkan sunah-sunah kecil akan menyejukkan rumahtangga juga. Antara sunah yang boleh diamalkan:-

Sunah ketika minum:
1. Membaca Bismillah.
2. Minum dengan menggunakan tangan kanan.
3. Bernafas ketika sedang minum di luar tempat minuman sbyk 3 kali dan hendaklah tidak minum sekali teguk.
4. Minum dengan kedudukan duduk.
5. Membaca Alhamdulillah setelah minum.

Lihat hari ini kita baca buku apa, tonton rancangan apa. Pergaulan kita, ada tak mengumpat orang, ada tak bermulut laser. Solat kita ditunaikan di awal waktu atau di akhir waktu? Duit perbelanjaan habis ke mana? Berbelanja untuk keperluan keluarga, untuk ditunjuk pada suami atau nak berbangga dengan orang lain? Selalulah muhasabah diri. Manusia ni akan dipengaruhi dengan siapa kita berkawan, buku apa kita baca dan ilmu apa yang kita cari.

Harus diingat, di akhirat nanti kita akan bersama dengan orang yang kita cintai. Lihat sekeliling kita, siapa yang kita cintai, kita berkawan dengan siapa. Jika kita bersama dengan orang yang boleh membawa kita ke syurga, alhamdulillah. Jika tidak, masih belum terlambat untuk berubah selagi nyawa masih dalam jasad.

Ya Allah, aku dah amalkan semua sunah. Hilangkan keluh kesah dan sempit dadaku Ya Allah. Aamin

You Might Also Like

0 comment