Burung

Burung Wak Wak Goreng

10:43 AM


Assalamualaikum. Mendung berarak pagi Jumaat ni. Sejuk betul angin, air paip apatah lagi. Basuh tangan pun rasa gigil je. hahaha. Special dish semalam buruk wak wak goreng. Aku tak tahu burung ni mana satu tapi mak aku kata burung ni suka main di tepi-tepi kolam atau sungai. Mungkin korang boleh google la kalau nak tengok burung ni macamana. Aku tengok yang dah mati jadi tak berapa boleh bayangkanlah.

Burung ni ada kawan ayah aku bagi. Ayah aku ni ramai kawan. Ada yang bela kambing, ada yang bela lembu dan ada yang banyak ladang, tak kiralah ladang sawit mahupun ladang buah-buahan. Tak lupa ada yang suka berburu, yela banyak hutan di sini. Tapi mestilah kena ada lesen sebab ada orang siasat nanti. Lama dah rasanya aku tak makan burung ni, last barangkali masa sekolah rendah. Agak banyak orang tu bagi, jadi ada yang digoreng dan dimasak lemak. Tapi yang masak lemak tu entri lain kali la. Burung ni dapat dah siap disembelih dah. Mak aku kata lagi kalau masak rendang burung wak wak ni memang sedap. Alhamdulillah ada rezeki makan burung.

Kaedah membersihkan:
1. Potong bahagian leher untuk membuang kepalanya.
2. Potong 1/2 sayap burung.
3. Potong bahagian kaki burung.
4. Potong sedikit kulit luar di bawah leher. Cabut kulit burung dari bahagian yang dipotong.
5. Buang bulu-bulu yang berlebihan. Bersihkan dan basuh. Siap untuk dimasak.

Burung ni letak garam dan serbuk kunyit saja. Lepas tu goreng garing dalam minyak yang banyak. Tapi jangan sampai garing sangat sebab dagingnya akan liat dan keras. Rasanya manis-manis masin. Sedap betul diratah!





You Might Also Like

4 comment

  1. haha. padanlah tanya saya suka makan ke dak. suka makan. suka sangat..tapi. saya tak suka makan burung. :'(

    family saya semua makan. saye je dak..huhu. mohon hidangkan ayam..:P

    ReplyDelete
  2. @cik kiwi: ayam pun sedap! ^^

    ReplyDelete
  3. burung puyuh or burung wak2 yg lagiiiii sedap???

    ReplyDelete
  4. @Hailing: Burung puyuh lagi sedap sebab dibela dan makanannya dijaga. Burung wak wak ni kan duk dalam hutan,jadi makan macam-macam. ^_^

    ReplyDelete