Kek | Muffin

Muffin Marble Coklat Chips

8:55 AM

Morning! Selamat Menyambut Hari Malaysia! Walaupun sambutannya di Bintulu, aku tak berkesempatan nak pergi. Ada sambutan hari raya company di sini. Aku buat muffin yang sedap ni petang hari tu. Tak ingat bila, entri tertangguh. Makan panas-panas sedap betul. Memandangkan papercup aku guna agak tinggi dan besar, jadi resepi ni aku dapat 5 ketul muffin yang besar. Kenyang betul makan. Dahlah sedap, gebu pula.

Cuma itulah masalahnya, aku tak berapa suka makan kek atau muffin. Dan aku tak ajar suami aku untuk suka makan hidangan manis2 sebab masa membuatnya aku tahu berapa banyak gula aku letak. Bayangkan kalau aku letak 1 cawan gula, aku makan muffin ni sorang2. So, gula 1 cwn tu memang ada dalam badan aku. Waaa...boleh kencing manis ni. Untuk long term memang aku risau, sebab itu aku jarang buat kek atau segala hidangan yang manis2. Dahlah garam banyak guna masa masak lauk, ditambah pula dengan hidangan manis, macamana nak kawal kesihatan gitu? Aku teringat Prof Dr Muhaya cakap: 'Kalau pinggang suami besar (buncit) itu adalah salah isteri. Jangan masak hidangan yang sedap-sedap sahaja tapi bagi hidangan yang sihat juga!'

Panjang pula. Layanla resepi. Memang sedap. Mesti cuba!!!

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS

(sumber : Puan Ruhaya )

Sources:- K.Nor

Bahannya:
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen vanilla pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste coklat emulco.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

You Might Also Like

0 comment