AYAM

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

3:55 PM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dalam tak tahu nak masak apa tengahari tadi, ternampak pula Kak Ummi punya entri. Seolah pucuk dicita ulam mendatanglah! Mudah je resepi tapi sedapnya tak terkata la. Masa makan hubby siap puji lagi 'Sedap ayam ni'! Nak masak punyalah senang. Lagipun semua bahan ambil di tepi rumah saja. Bahan-bahan mudah diperolehi dan kaedah memasak pun tak rumit. Cayalah!

AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai * - aku letak 30 bj
  • 2 tangkai cili merah * - xletak. ms aku copy resepi, item ni tiada ^^
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit


Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih


You Might Also Like

0 comment