DAGING

Sup Tulang Ala Mamak

9:09 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menu tertunggak tengahari semalam. Permintaan sup dari hubby. Beli daging kambing hari 2-3hari lepas. 1st time masak kambing alhamdulillah tak mengecewakan. Resepi ambil dari buku Chef Hanieliza. Resepi asal guna tulang lembu tapi aku guna daging kambing. Hubby kata sedap tapi aku kurang makan xtau nape rasa loya2 bau kambing ni..Apepun cuba la ye.

SUP TULANG ALA MAMAK
Bahan A:-
1 kg tulang lembu - ganti dgn daging kambing
2 sm minyak masak
3sm rempah sup/kurma - dibancuh dgn air
4 bj kentang
1 batang lobak merah - xletak
2 batang serai - ketuk
1 st lada hitam
Garam secukupnya
1 pokok daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya

Bahan B (Tumis):-
7 biji bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 1/2 in halia - hiris
1 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga

Cara:-
1. Tulang lembu dipotong kecil. Basuh dan toskan
2. Masukkans emua bahan A kecuali daun sup dan bawang goreng ke dalam periuk. Masak hingga daging lembut
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Tuangkan bahan tumis ke dalam rebusan tulang dan masakkan hingga mendidih. Tutupkan api.
5. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidang.

p/s: Ada sesetengah orang tak makan kambing kerana baunya kuat sedikit dari lembu. Pastikan proses penyembelihan dan pembersihan kambing betul caranya untuk mengelakkan hadirnya bau kambing yang kuat.

You Might Also Like

0 comment