Sewing

NV50 | Jahit Tepi!

8:35 AM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Entri menjahit la pula hari ni!! Bagi yang baru nak beli mesin jahit, mau fikir doploh kali, yela nak guna duit bukan 2-3 ratus tapi ribu riban. Jadi harus fikir semasaknya. Kalau rasa nak beli Brother NV50, boleh guna untuk jahitan lurus, sulam sikit-sikit, sulam huruf sikit-sikit dan jahit tepi. Banyak lagi kegunaan cuma kena explore sendiri la.

1st Pic: Kain polka dot dijahit tepi menggunakan NV50 ( hujung kain tidak dibuang) dan kain hijau guna mesin jahit tepi biasa.

2nd Pic: Kain polka dot dijahit tepi menggunakan NV50 ( hujung kain dibuang) dan kain hijau guna mesin jahit tepi biasa.

Klik untuk tumbesaran!!
Perbezaan:-
1. Hasil jahit tepi dengan menggunakan mesin jahit tepi adalah lebih sempurna dan kemas berbanding penggunaan NV50. Tapi NV50 kemas juga!! Of course la sebab mesin jahit tepi memang dah specialize untuk itu gunanya!!

2. Dengan menggunakan NV50, maximum speed diperlukan untuk jahit tepi dan mesin agak bergegar..Lagipun motor NV50 kecil jadi harus direhatkan selepas penggunaan 45min- 1jam supaya hayat motor lama. Jadi bila mau habis jahit kalau asyik kena rehatkan je?? Berbanding mesin jahit tepi ada yang boleh digunapakai 24jam tanpa perlu direhatkan!!




3. Penggunaan NV50 untuk jahitan tepi menyebabkan benang harus sentiasa ditukar. Yela, bukan boleh masuk benang besar dalam spool pin NV50. Kalau untuk jahit 1 helai baju dewasa, mungkin 1 kali saja kena tukar benang. Kalau jahit banyak sangat ~ baju mak, baju anak lagi, sedara mara semua confirm banyak kali tukar benang!!

4. Pastikan jarum dikunci dengan ketat!! Aku guna max speed sampai jarum pun tertanggal!!Nasib baik sempat berhenti on time, kalau tak mau patah jarum atau jem mesin!!!

My style: Guna Narrow Hem Foot untuk jahit tepi!

p.s: Apapun, jahit tepi guna NV50 sudah cukup memadai bagi sesiapa yang tidak berpeluang/kurang berkemampuan untuk beli mesin jahit tepi lain. Tapi kalau ada duit lebih better beli mesin jahit tepi khusus untuk jahit tepi. Tak sayang duit ke weh beli NV50 mahal-mahal last2 jahanam dek kerana selalu sangat jahit tepi!! Selamat berpuasa ^^

You Might Also Like

12 comment

  1. erk..apasal aku tgok ko punya jahit tepi nv50 xsama mcm aku buat eh..ke sbb xjelas aku nampak ni. Ko pakai benang apa?

    ReplyDelete
  2. Aku pakai benang jenama dolphin.Guna decorative stitch no 34, setting 5.0|1.0..Guna stitch lain pn boleh tp stitch ni paling aku suka..ko punya macam mana jahit tepinya?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Tapak tu kena beli asingkan? Rasa tk disertakan masa beli mesin. RM berapa yer? wasalam

    ReplyDelete
  4. wsalam..sebelum beli nv50, mel kaji dulu tapak mana yang mel nak & perlukan. jadi masa beli mesin jahit, beli terus tapak yang mel nak. Jadi tak perlu tambah harga pos banyak kali. Hari tu ada jual nv50 dengan semua set tapak, tapi dah habis dah promosi tu.

    Narrow hem foot - RM20 ^^

    ReplyDelete
  5. oh, cantik... gini rupanya...penat godek2 xdapat jahit zigzag dgn cantik... kalau buat camni, kain lembut n nipis ok jg ke

    ReplyDelete
  6. siti 'aliah >> Yang dalam gambar ni cotton viscose, kira ok sikit jahitan..tapi kalau kain chiffon memang tak boleh guna camni. Biasanya chiffon jahit gulung saja. Kalau jahit gini mau berterabur jahitan..hihi

    ReplyDelete
  7. Smlm br bkesempatan g beli narrow hem foot. Mlm karang blh test. Tq, mel

    ReplyDelete
  8. kalau xguna tapak jahit tepi boleh ke nk jahit tepi gna tapak biasa..

    ReplyDelete
  9. kalau guna tapak biasa utk jahit tepi boleh x.. n no brapa. macam mana nk bagi besar saiz jahitan abc dgn mgunakan nv50 ni..please..help

    ReplyDelete
  10. [ meara ] - mel guna Narrow Hem Foot tu sebab bahagian hujung nanti akan kelim ke dalam. Jadi yang benang yang terburai2 tepi tu akan disimpan di dalam. Kalau guna tapak biasa boleh cuma NV50 bukan khusus untuk jahit tepi, jadi tak berapa kemas.

    Untuk besarkan saiz jahitan, pada paparan skrin NV50 tu, no di sebelah kanan ada untuk besarkan jahitan. Dan no sebelah kiri adalah untuk kedudukan jarum atau lebar jahitan (contoh jahitan zig zag).

    Boleh mesej mel kat fb melinblossom tu..senang sikit nak mesej.Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  11. [Lots of Love by Harumi Isao] - benang dolphin biasa sis. untuk jahit lurus yang RM1 satu tu.

    ReplyDelete