IKAN

Ikan Pari Masak Hijau

1:40 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kebiasaannya kalau beli ikan pari masak asam pedas mahupun bakar. Ikan pari kat kawasan Bintulu ni memang senang nak dapat. Sentiasa ada. Murah pun murah juga. Cuma mak aku pesan kalau beli ikan pari beli yang besar dan jantan. Kalau beli yang betina, salur air kencing pendek jadi ikan akan berbau lagi kuat dari pari jantan. Mak aku kata pari betina ni macam perempuan gak ada datang bulan. Aku tak tau mana mak aku dapat info ni tapi aku ikut jela.

Google punya google terjumpa this resepi yang memang ramai dah cuba. Memang sedap! Ini 1st time ikan pari digoreng, jadi memang tak tahu yang ikan ni meletup-letup ha.. Memang macam berperang dah dapur masa sesi gorengan berjalan. Haha..C n p resepi dari sis Izah. Resepi yang memang lain dari yang lain. Sedap n pedas.

IKAN PARI MASAK HIJAU
Source: Kak Izah

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit dan garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris

Method:-
1. Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. 
3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
5. Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. 
6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel 

You Might Also Like

0 comment