Ayam Masak Ungkep (Jawa Style)

3:45 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Menu tengahari yang sangat sedap. Well, my mom memang orang jawa, my dad orang banjar so masakan sebegini memang kena dengan tekak la. Sedap sangat resepi ni. Hubby makan sampai tak bercakap. Habis licin lauk dengan nasi-nasinya walaupun resepi ni agak pedas. Selera betul hb makan. Memandangkan blog melinblossom ni bukan blog masakan, jadi tak perlula entri masak memasak je kan. Niat buat blog untuk manfaat semua orang, jadi perlu ada banyak info selain dari masakan. hihi. Boleh buat selalu resepi ni. Mudah dan sedap!! C n p dari tuan asal saja. Malas nak menaip balik. Kalau lidah yang memang sukakan pedas dan berempah, resepi ni mesti cuba!!

AYAM MASAK UNGKEP (JAWA STYLE)

Resepi: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf - xletak
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
Yang ini kes 2-3 minggu lepas. Tengah duk buat sarapan, ternampak kala jengking tepi dapur depan bilik mandi. Jerit-jerit dari dapur panggil hubby yang duk kat atas. Aku memang trauma sikit masuk dapur rumah
ni sebab ada banyak binatang masuk kat dapur. Mula-mula lipan kat kaki, pastu ulat gonggok yang sebesar pen marker la ni kala jengking plak. Hubby pukul dengan penyapu berkecai dua. Mati terus. Seram sejuk dibuatnya. Datang je maid suruh tutup semua lubang dengan surat khabar. Bukan ape, binatang ni memang cari tempat kering bila hujan tapi celah mana masuk pun tak tau. Risau sangat lagi-lagi bila hubby or maid xde. Rumah ni memang bersih, longkang bersih, lalang pun xde, tiap-tiap minggu ada orang potong rumput. Cuma masalahnya satu je, rumah ni dalam hutan. Bersih macamana sekalipun, binatang ni memang datang dari hutan. Ya Allah lindungilah kami sepanjang keberadaan kami di Sarawak ni. Amin


You Might Also Like

0 comment