RESEPI

Roti Pita Sempoi

4:45 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menu roti pita untuk kudapan petang2. Cuaca pun redup je baru lepas hujan. Memang kenala dengan keadaan ditambah pula dengan secawan teh panas. Memang menyelerakan. Resepi roti pita ni adik aku yang perkenalkan. Senang, mudah, cepat dan yang paling penting sedap! Tak reti nak buat rotinya sendiri, jadi beli yang sudah siap saja. Syukur ada dijual di Bintulu ni. Boleh tukar isi roti pita ni mengikut kegemaran selera masing-masing. Yang penting perut kenyang, hati happy!!!^^


ROTI PITA SEMPOI

Resepi: Eja
Diolah: mel

Bahan-bahan (Hidangan 2 keping):-
1 keping roti pita
1 keping burger ayam - aku guna jenama Ramly
1 biji tomato - Potong dadu
1/4 cawan timun - Buang bahagian tengah dan potong dadu
1/2 labu bawang besar - cincang
1 sk serbuk kari daging
1 sk serbuk lada
3 sb sos cili
Garam
Kaedah:-
1. Belah 2 roti pita dan panaskan sebentar di atas kuali tanpa minyak (umpama masak roti burger). Angkat setelah roti sedikit kekuningan dan ketepikan.
2.  Masak kepingan daging ayam di dalam kuali yang panas tanpa minyak. Tekan2 daging supaya ia hancur.Biarkan daging separuh masak (Jangan sampai daging garing)
3. Masukkan timun, bawang besar, tomato. Kacau
4. Masukkan serbuk cili, serbuk lada. Kacau sebati
5. Sesuaikan rasa. Tutup api
6. Masukkan sos cili. Kacau sebati sebelum dimasukkan ke dalam roti pita
7. Hidang


Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 comment