Sarawak

Pesta Gudi 2012

10:08 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Semalam pergi Pesta Gudi 2012 @Bintulu yang diadakan bermula 23/6 - 24/6. 1st time g, so byk la dalam kepala ni fikir bagaimana pesta ni kan. Nama pun pelik coz tak pernah dengar. Dek kerana kami pergi jam 2 petang, payung harus ada bersama. Panas amat cuaca skrg ni.


Kebanyakan gerai jual baju2, tudung, alat kraftangan, beg n macam2 lagi la. Tak berapa pusing sangat coz ramai sangat orang. Nak berjalan dgn pegang payung lagi, dengan panas lagi..Kalau ada anak-anak kecil tu lagi susah coz panas amat cuaca...Kesian tengok budak-budak ni kepanasan...Adoi..

 Ada pameran kereta. Unik!

Motor pun ada. Basikal pun ada tp gambar je tak amik. Kami pusing-pusing seround pastu balik. Memang tak niat nak beli ape-ape pun jadi pulang dengan tangan kosong. Ada orang main futsal (tgh2 panas), main layang-layang, nyanyi-nyanyi atas pentas tapi bateri kamera dah habis, so gambar tak banyakla. Tapi seronok juga g, dapat tengok gelagat orang, dapat tengok barang-barang yang unik. Best!

Lepas tu menjamu selera di Nasi Ayam Singapore. Tapi amat menyedihkan, masa nak makan rasa nak nangis pun ada!! Nasinya ok la juga, ayam rasa mcm ayam rebus letak kicap, sup umpama air masak+daun sup je, langsung takde garam mahupun sebarang perisa. Memang sedih gile makan. Tapi air memang SANGAT sedap!! Pada pendapat makanan restoran ni sedap cuma tak kena dgn selera kami yang suka pedas, masin dan berempah ni, yela kalu x, takkan restoran ni boleh bertahan. Dalam erti kata lain, makanan mereka tak sedap kat tekak/lidah kami tapi mungkin sedap kat lidah orang tempatan...urm..

 
Destinasi terakhir singgah di kedai roti, Nina Bakery diberi nama. FYI, kat Bintulu xde jual roti Gardenia, so memang kepingin mau makan roti ye. Nak buat sendiri, masa membuat lagi lama dari makan. Yela, nak makan sikit je. Syukur jumpa kedai roti orang Islam yang betul-betul halal. Kalau tak, harusla balik semenanjung baru makan kan.

^_^

You Might Also Like

0 comment