Agama Islam

Kenali Fitrah Anak

3:27 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. 2-3 minggu lepas ada menonton rancangan Assalamualaikum@TVAlHijrah pada setiap hari Sabtu. Kebetulan masa siaran berlangsung, perbincangan tentang topik kenali fitrah anak. Penceramah undangan adalah seorang pensyarah UIA iaitu Ustazah Isfadiah Dasuki. Banyak info yang diperolehi dari perbincangan, kiranya membuka mata mel sendiri tentang anak-anak. Walaupun belum ada anak lagi, sekurang2nya dengan menimba imu sebegini akan menjadikan diri sendiri lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran hasil dari sikap anak-anak. Topik ni dibincangkan selama beberapa minggu. So, harus lihat tiap2 minggula kan rancangan ni, baru dapat timba keseluruhan ilmu. Ada terlepas beberapa episod, tapi alhamdulillah ustz ada membuat pengulangan semula. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat pada ibu2 di luar sana dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna dunia akhirat.

KENALI FITRAH ANAK

1. Aktif - Memang semulajadi Tuhan cipta anak-anak ni aktif dan tak boleh duduk diam.

2. Suka tiru gaya orang lain

3. Suka melawan - Anak2 memberontak adalah kerana mereka merasa kurang diberi perhatian. Sometimes ada antara anak2 rasa terpinggir atau istilahnya Second Child Syndrome. Si bongsu juga boleh dapat syndrome ini jika kakak/abg2 nya sentiasa berpakat/bersatu menentang yang bongsu. Jika si bongsu buat salah contohnya, kakak/abg2 akan mengadu tentang sikap si bongsu pada ibu yang baru pulang dari kerja. Ibu bapa harus mendengar dari kedua2 belah pihak supaya tiada yang merasa dirinya berbeza dari adik beradik yang lain. Ibubapa harus memberitahu anak2 ini bahawa 'Tidak mengapa berbeza dari adik beradik lain, yang penting berbeza di depan Allah'. Bina hubungan berdua (ibu-si bongsu) seperti main bersama. Mungkin ada perkara di dalam hatinya tidak sampai/diluahkan kepada ibubapa.

4. Tidak mampu membezakan hal buruk atau baik

5. Banyak soal - Anak2 yang banyak bertanya adalah anugerah. Banyak tanya/soalan adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Jika anak2 anda banyak bertanya, adalah kerana mereka ingin tahu. Ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya esp ilmu tentang agama. Jika anak anda banyak bertanya/soal, anda pula dalam proses menimba ilmu pengetahuan, cara terbaik adalah menghadiahkan buku kepada anak2. Buat perbincangan tentang apa yang ada dalam buku tersebut supaya ibubapa punya lebih masa menimba ilmu lain dan soalan anak2 akan lebih tertumpu pada apa yang dibaca sahaja.

6. Ingatan tajam

7. Suka dipuji - Setiap pujian harusla mementingkan kualiti bukan kuantiti kerana pujian yang tidak berfaedah akan menyebabkan anak2 ketagih dan hilang keyakinan diri. Contoh: 'Tembamnya pipi, comel betul!'. Pujian sebegini tidak boleh selalu diucapkan kerana akan menyebabkan anak2 berfikir 'Kalau pipi tak tembam, tak comel la'. Pujian yang berkualiti contohnya: 'Cantiknya anak ibu pakai tudung, menutup aurat, Allah mesti suka'. So, anak2 akan fikir 'Allah suka pada orang yang menutup aurat'. Bukankah berbeza? Selain itu, setiap pujian harusla ikhlas dan lebih menumpu kepada proses bukan hasil. Contohnya  ketika anak2 membuat air teh tetapi airnya kurang sedap, pujian yang harus diberi adalah 'Bagusnya anak ibu susah payah masak air dan buat air untuk ibu, terima kasih'. Pujian yg tak harus diucap seperti: 'Sedapnya air ni'. Padahal air tidak diminum lagi, dan airnya memang tak sedap!!Harus berhati2 dalam memuji.

8. Suka bermain

9. Suka bersaing - Ibu bapa perlu mewujudkan persaingan yang sihat antara setiap anak2. Tidak kirala persaingan dalam keluarga mahupun bersama rakan2.

10. Suka berimaginasi

11. Suka mencuba kerja orang dewasa

12. Cepat tangkap bahasa dengan baik - Kanak2 boleh kenal bahasa dengan baik. Pendidikan 6 tahun yang pertama penting. Seeloknya masa ini diajar tentang bahasa lain seperti mandarin dsb.

13. Suka pisah-pasang sesuatu barang - Sudah menjadi lumrah kita tengok budak2 ni suka sepahkan barang sana sini. Sebenarnya, kanak2 ni sedang belajar untuk membuat sesuatu. Sebagai contoh naik basikal, sedang belajar bagaimana untuk memegang handle basikal, nak mengayuh, semuanya adalah satu proses. Jadi ibu bapa harus faham kenapa bila anak2 bermain mesti ada saja permainan yang patah, ada saja permainan yang terhambur, bersepah serata.

14. Sensitiviti yang tinggi - Anak2 yang tidak diberi perhatian tentang hati dan kemahuan mereka, akan menyebabkan mereka memberontak kerana tidak dapat apa yang diingini.

Tambahan:
1. Jangan melabel - Sekiranya anak2 bertindak seperti degil/malas, ibu bapa tidak seharusnya terus melabel anak2. Contohnya: 'Ko ni degil la!!Suka sepah barang sana sini!'. Sekiranya ini terjadi, apa yang diucapkan oleh ibubapa akan masuk ke dlm kepalanya dan anak2 akan terus berpendapat yang dirinya memang degil. Seeloknya, anak2 harus dibimbing, harus diberi perhatian bagaimana nak buat sesuatu perkara, perlu bagi contoh yang baik pada anak2. Kalau ibubapanya malas, memasak pun malas, rumah bersepah, solat pun malas, anak2 akan mencontohi sikap baik buruk ibubapa mereka.

2. Emosi sensitif - Anak2 memang cepat merasa takut. Takut dengan gelap, takut dengan hantu. Sebagai ibu bapa seharusnya anak2 ini tidak dimomokkan/ditakutkan lagi dengan keadaan. Contohnya: 'Ha, jangan pergi situ, nanati ada momok'. Tindakan ini akan menyebabkan anak2 akan takut kepada hantu. Apa yang sepatutnya dibuat adalah develop rasa takut itu dengan takut kepada Allah. So anak2 seawal dari kecil sudah takut kepada Maha Esa.

Ada sedikit sebanyak ayat aku tambah supaya pembaca memahami apa yang disampaikan tapi tidak lari dari topik yang ingin disampaikan. Ilmu yang dikongsi ketika rancangan ini sangatlah banyak. Semoga ilmu bermanfaat.

You Might Also Like

0 comment