RESEPI

Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

10:14 AM

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Assalamualaikum. 
Sudah lama kepingin mau makan ini udang. Tiap2 minggu kt pasar memang ada dijual, cuma kali ni tergerak hati je nak beli. Takleh la makan selalu coz mahal harganya. 1kg RM45, yang dapat beberapa ekor je. Macam biasa kalau mkn udang galah memang dimasak lemak cili padi baru sedap.
Lagi2 kalau ada telur udang, memang selera makan ^^

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan
*1/2 kg udang galah
*6-10 bj cili padi
*3 bj bawang merah
*1 in kunyit
1 btg serai - titik
1 keping asam gelugor - saiz kecil
1 helai daun kunyit - hiris
1 mangkuk santan pekat

Kaedah
1. Tumis bahan bertumbuk (*) dalam sedikit minyak hingga kekuningan
2. Masukkan udang dan sedikit santan. Biarkan udang sebati dengan bahan tumisan
3. Masukkan serai, asam gelugor dan santan pekat. Masak seketika dalam api sederhana
4. Sesuaikan rasa. Masukkan daun kunyit. Kacau
5. Hidang

Selamat Menjamu Selera

p/s: Asam gelugor boleh dikeluarkan awal jika risau terlebih masam

You Might Also Like

0 comment