DAGING

Singgang Daging

8:37 AM


Hidangan tengahari semalam. Fav suami. Sebelum ni dah pernah buat tapi resepi kali ni lain sikit dgn penambahan serbuk rempah. Kalau yang dah pandai masak, campak2 je upn sedap.ehehe

SINGGANG DAGING

Bahan-bahan:
200g daging
1 btg serai - ketuk
#1 in lengkuas
#1 in kunyit
#2 ulas bawang putih
#2 bj cili padi
*1 sk ketumbar
*1 sk lada putih
*1 1/2 sk lada hitam
1 keping asam keping
Sedikit hirisan carrot
Garam

* Tumbuk/kisar | # Hiris

Kaedah:
1. Rebus daging bersama semua bahan kecuali carrot, asam keping, cili padi, garam sehingga daging empuk. [ Jika belum empuk, teruskan penambahan air ]
2. Setelah empuk, masukkan carrot, asam keping, cili padi. 
3. Setelah air kering sedikit,, barulah masukkan garam. Sesuaikan rasa
4. Hidang

* Masak singgang airnya kena tinggal sikit baru rasa semua rempah2nya. Carrot sengaja letak coz mil letak. Lada hitam aku lebihkan sbb suka rasanya. Mil letak cili besar tp aku ni org Jawa Selangor jadi harus letak cili padi utk lebih pedas.

Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment