BUBUR

Bubur Bersantan Mudah

2:27 PM

Perut tak selesa, tido pun banyak kali terjaga. Tak tau makan pe. Nak masak pula tak berapa rajin. Bahan-bahan pun kurang Dah nak hujung minggu akn. Sudahnya masak bubur bersantan dengan ikan bilis goreng ditumbuk bersama bawang goreng. Masaknya simple tapi sesuai dengan selera tekak aku ni. Lagipun itu je yang leh telan. Alhamdulillah, perut sekarang dah ok sikit makan bubur yang seimple dan sedap ni

Resepi: mel

BUBUR BERSANTAN MUDAH

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi - aku guna nasi semalam
1 cwn santan pekat
2 bj bawang merah
1 bj bawang putih
2 bj cili padi
1 bj cili besar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk pati ayam
1 cwn kecil kangkung
Garam

Kaedah:
1. Masak nasi dengan 3 mangkuk air sehingga benar-benar lembut/bertukar rupa seperti bubur.
2. Masukkan semua bahan. Kacau rata.
3. Sesuaikan rasa
4. Hidang dengan ikan bilis dan bawang goreng

p/s: Banyak bahan tak letak, jadi masaknya mudah sikit. Kalau letak daging ayam, daun sup/bwg lagi sedap!

You Might Also Like

0 comment