AYAM

Ayam Masak Palembang

8:31 PM

Aku derhaka sikit dari resepi asal. Aku letak cili padi sikit. Dah suka sangat pedas, masak apapun letak cili padi maa. Tapi tak menjejaskan sikit pun kesedapan hidangan ni. Resepi boleh adjust ikut suka. Kalau nak warna hitam, letak kicap lebih. Kalau suka hidangan warna merah, boleh letak sikit je kicap ye. Aku taip balik resepi ikut kuantiti hidangan aku yang 2 orang sahaja. Kalau tak tahu nak masak apa tengahari ni, boleh cuba resepi ni ya. Lain dari yang lain!

Resepi: myr

AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan:
*1 bj bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
3 bj cili padi
2 sb cili kering (stok dlm esbok.cili kering dan serai)
2 sb serbuk santan - guna ready made. Bancuh dulu
1 batang serai (dititik)
2 tangkai daun kari
3 sb kicap
4 ketul ayam
Garam

Bahan perap: 1 in halia dan 2 ulas bawang putih

Kaedah:
1. Perap ayam dengan halia dan bawang putih yang dikisar/ditumbuk selama 5-10min
2. Tumiskan bahan kisar (*) dalam sedikit minyak hingga naik bau
3. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Biar seketika agar rempah meresap
4. Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari. Kacau rata
5. Sesuaikan rasa dantutup. Biar ayam masak
6. Hidang

You Might Also Like

0 comment