TIPS

TIPS| Leftover Food aka Lebihan Makanan

9:43 AM

Google
Apa anda buat dengan leftover food anda@lebihan makanan anda sehari2?
Buang? Ditongsampahkan?
Kalau my mom, dia bagi ayam. Sihat ayam2 tu. Xyh beli jagung ke ape nak bg pada ayam.
Itu duk kampung leh la kan. Kita yg duk bandar yg takleh bela aym itik pe semua, ape kita buat?


Sy ni baru hidup berdua
Jadi kadang2 tu, masak terlebih. Kenala fikir nak buat mcmana dengan lebihan makanan tu.
Tak suka membazir k. Lagi2 buang nasi
Sedih sangat2 kalau tgk nasi dibuang
Nak simpan leftover food dlm fridge?
Sy rasa akhirnya sy buang juga kalau simpan dlm fridge. Lagipn, tak berapa suka makanan dlm fridge yg mesti dipanas semula. Tak elok dan rasanya pun dh lain
 
Banyak lagi orang kat luar sana yg tak makan berhari2. Jadi sgt2 kena habiskan semua makanan
So, ada beberapa tips yg boleh korang guna
Ini pengalaman sy, mungkin korang dah tau n dh cuba
Kalau yg tak tau lagi, sudi2 kan cuba ye

Lebihan ikan keli goreng/bakar 
1. Dimasak lemak cili padi
Lebihan ayam bakar/ayam goreng
1. Dicarik2 dan dimasukkan dalam bihun/mee sup mahupun soto
2. Dipotong kecil dan masukkan dalam bihun/mee goreng atau nasi goreng

Lebihan tomyam
1. Celur bihun seketika dan makan dengan lebihan tomyam. Jadilah bihun tomyam

Lebihan sup ayam/daging
1. Sama dengan tomyam. Dapat makan pula bihun sup

Lebihan nasi
1. Jika nasi keras, bolehla dimasak pelbagai jenis nasi goreng. Nasi goreng belacan, nasi goreng kampung, nasi goreng kailan ikan masin dan macam2 jenis lagi.
2. Jika nasi lembik, boleh masak pelbagai jenis bubur. Bubur ayam, bubur daging, bubur bersantan ke, semua boleh. Nak atau tak je

Paling senang, kalau ada makanan lebih yg masih sangat2 elok, berilah pada jiran tetangga. Tuhan itu kn pemurah, lagi kita beri, tak kedekut, lagi Dia tambahkan rezeki ^^



Selamat Mencuba

p/s: Entri akan di update dari semasa ke semasa

You Might Also Like

0 comment