Assalamualaikum. Lepas kahwin baru mel kenal hidangan singgang ni. Pernahlah jumpa tapi tak tahu pula namanya singgang. Ingat macam daging/ikan rebus je. Mil masak memang sedap. Air tangan orang pantai timurlah katakan. Sebati sudah dengan singgang ni.
Apa lagi haruslah kenen2 minta resepi dari mil. Alhamdulillah dah pandai buat sekarang. Makan dengan nasi dan cicah dengan budu memang tak pandang kiri kananlah makan. hihii
Singgang Daging
Sumber: Mel
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging batang pinang - 200-300g
2 ulas bawang putih - ketuk
1 in lengkuas - hiris
1 in halis- hiris
2 bj cili padi
1 sk serbuk lada hitam
1 sk kunyit
1 keping asam gelugor
Sedikit carrot
Air
Garam
Kaedah:
1. Rebus daging hingga empuk. Pastikan air rebusan tinggal sedikit
2. Masukkan semua bahan kecuali garam
3. Masak seketika.
4. Sesuaikan rasa
5. Hidang
Tips:
Jumlah air adalah kunci kepada sedap atau tak rasa singgang.
Jika air terlalu banyak, singgang kurang sedap.
Jadi, masak singgang hingga airnya tinggal sedikit sahaja
Samalah nak masak singgang ikan ye
Selamat Mencuba!

0 comment