DAGING

Nasi Goreng USA

8:59 AM


Favourite incik suami: Nasi Goreng USA.Tapi USA bukan udang, sotong, ayam ke? Kenapa kalau makan kat kedai tak jumpa pun? Yang jumpa daging masak merah je. Nape ek? Ke USA tu maksudnya bukan udang sotong ayam? Entahlah! Layanla ye resepi. Alhamdulillah, licin!!

Resepi: aznanie

DAGING MASAK PEDAS

Bahan:
1/2 kilo daging  - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak buleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikan
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan lada kering yang diblend tadi
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Kacau seketika
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Masukkan air ke dalam kuali itu
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau sebentar
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Setelah kuah nampak likat, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih


Nasi goreng ni lain dari yang lain c0z aku guna new resepi. Main ikut rasa sendiri je nak letak ape. Tapi memang sedap. Lain rasanya dari yang sebelum ni aku masak!

NASI GORENG SEDAP

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
* 1/2 bj bawang besar 
*2 bj cili padi
*1 bj cili besar
1 sb cili kisar
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb kicap
1 bj telur
Mix vege - jagung mini dan carrot
Garam

Kaedah:
1. Tumis bahan hiris (*) hingga kekuningan
2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap. Masak seketika
3. Masukkan telur. Kacau rata
4. Masukkan mix vege. Kacau
5. Masukkan nasi. Kacau sebati
6. Sesuaikan rasa. Hidang

Tips: 
1. Cara senang nak gaul nasi goreng semasa memasak, guna senduk nasi yang lembut berbanding guna senduk panjang. Nasi mudah dihancur dan diratakan
2. Supaya nasi tidak bergumpal, boleh la diramas terlebih dahulu sebelum memasaknya.
3. Masak nasi goreng/telur guna minyak sayuran untuk kesihatan ye

Selamat Menjamu Selera!

You Might Also Like

0 comment