KUIH

Ubi Ketuk

2:42 PM


Assalamualaikum. Kali pertaman mel makan ubi ketuk ni di tempat belajar. 1 ketul 50 sen. Besar. Kenyang makan. Punyalah suka sampai tiap2 kali balik kuliah petang beli. Macam ada yang kurang saja kalau tak makan dalam sehari.

Setelah banyak kali cuba jaya, akhirnya dapat size bahan yang betul2 tepati tekak mel dan keluarga. Tak boleh kurang kelapa dan tak boleh lebih gula. Kurang kelapa rasa agak plain, lebih gula termanis pula. Kebiasaannya mel buat dalam kuantiti yang banyak. Mel frozenkan bebola ubi ni. Pabila nak makan, hanya keluarkan sebentar, buatkan batter dan goreng. Memang sedappp!!



Ubi Ketuk/Getuk
Resepi: mel

Bahan-bahan:
200 g ubi kayu yang telah direbus empuk - toskan
50 g gula pasir
70 g kelapa parut
1 sk garam

Kaedah:
1. Masukkan ubi yang telah direbus ke dalam food processor. Pastikan segala urat telah dibuang.

2. Kisar ubi seketika.
3. Masukkan gula, kelapa parut dan garam.

4. Kisar lagi hingga adunan sebati.
5. Bentukkan adunan seperti gambar. Kepal-kepalkan hingga berbentuk bebola. Ikut sukalah nak besar atau kecil
6. Buatkan batter untuk proses menggoreng. Resepi batter LIHAT DI SINI
7. Celup bebola ubi yang dibentuk dalam batter. Goreng hingga keemasan dalam minyak gorengan terendam.

8. Hidang

You Might Also Like

0 comment