NASI

Nasi Goreng Belacan

10:41 AM

Biasanya kalau tak tau nak masak pe, sudahnya goreng nasi je. Ada macam-macam jenis nasi goreng. Boleh cuba macam-macam kaedah memasak. Kali ni aku bawakan nasi goreng belacan. Hari tu makan di 1 kedai ni, order nasi goreng belacan tapi rasa belacan langsung takde. Marah betul hubby. Sudahnya separuh nasi pun tak dijamahnya. Marah punya pasal. Cubela ye resepi ni. Sedap!!

NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
*3 bj bawang merah
*2 ulas bawang putih
*5 bj cili padi
*2 in belacan - bakar dulu
* 1/2 sb udang kering
1 bj telur
1 sb sos ikan
1 sk serbuk pati ayam - guna Knoor
Daun bawang , daun sup
Garam

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*) hingga kekuningan
2. Masukkan telur. Kacau hingga telur masak sedikit
3. Masukkan serbuk pati ayam dan sos ikan
4. Masukkan nasi. Kacau rata
5. Sesuaikan rasa
6. Hias dengan daun sup dan daun bawang

* Sedap dimakan bersama keropok ikan dan timun

p/s: Aku masukkan daging sedikit coz ada lebihan daging tengahari

You Might Also Like

0 comment