Assalamualaikum. Oleh kerana nak keluar bandar hujung minggu ini, stok lauk dalam freezer haruslah dihabiskan. Kalau tidak penuhlah freezer dengan stok2 lama. Minggu lepas buat pembersihan peti ais. Mel belajar asing2kan setiap lauk yang dibeli dalam plastik. Satu plastik untuk sekali masak sahaja. Dan susun dalam keadaan mendatar. Jadi tak perlu masukkan dalam tupperware dan defrost banyak2 pabila nak masak. Dan tulis tarikh serta kuantiti. Senang nak tahu mana stok lama atau baru. Idea tengok rancangan Jamie Oliver la ni. hehe
Udang ni salah satu yang nak kena habiskan. 2 minggu dah usia dalam freezer ni. Alhamdulillah masih ok lagi rasanya. Masak nestum hubby memang suka. Mel meratah je. Sedap diratah. Lagi2 tang serdak2 tu. uhuu
Udang Nestum
Resepi: mel
Bahan A:
1 mangkuk udang
Garam, serbuk kunyit secukupnya
2sb tepung beras
Bahan B:
1 tangkai daun kari
1/2 bj bawang besar - mayang
1 in halia - cincang
5 bj cili padi - ketuk
Bahan C:
1sb gula
1/2 cawan nestum
Cara:
1. Satukan semua bahan A. Goreng udang keemasan. Angkat dan toskan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan udang. Tumis bahan B hingga layu kekuningan.
3. Kuatkan api. Masukkan udang dan bahan C. Gaul sebati.
4. Hidang dengan nasi panas.
Resepi: mel
Bahan A:
1 mangkuk udang
Garam, serbuk kunyit secukupnya
2sb tepung beras
Bahan B:
1 tangkai daun kari
1/2 bj bawang besar - mayang
1 in halia - cincang
5 bj cili padi - ketuk
Bahan C:
1sb gula
1/2 cawan nestum
Cara:
1. Satukan semua bahan A. Goreng udang keemasan. Angkat dan toskan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan udang. Tumis bahan B hingga layu kekuningan.
3. Kuatkan api. Masukkan udang dan bahan C. Gaul sebati.
4. Hidang dengan nasi panas.
udang nestum mmg sedap...terbaikkkk
ReplyDeletesedapnya.masa goreng mesti bau semerbak kan
ReplyDeletesy suka buat begedil salut nestum
Allah baunya..
salam singgah..
ReplyDeletelama jugak dah tak buat udang nestum ni.. macam terliur pulak.. x pernah buat mcm mel buat ...biasanya letak dlm bekas2 jugak hii..
macam best ni mel....boleh try nanti
ReplyDeletefeberet wana ni mel..kalau makan boleh ja habiskan semua..heheh..
ReplyDelete